Friday, July 2, 2021

 

           SENARAI TAJUK TUGASAN 

BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA SEPANJANG MINGGU 1 HINGGA 14 UNTUK SEMESTER 2 2020/2021

1. BIODATA DIRI

2. CERITA SOSIAL 1

3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA

4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

5. ASAS GRAFIK MUDAH

6. ASAS GRAFIK WARNA

7. ASAS GRAFIK TEKS

8. ASAS GRAFIK KESESUAIAN

9. ASAS GRAFIK KESIEMBANGAN

10. MUGSHOT

11.CLOSE UP

12. CERITA SOSIAL 2

13. TEORI STUBBS

14. CELIK BAHASA ISYARAT 

15. BAHAN ASAS GRAFIK

16. LONGSHOT

18. POTRAIT

20. KABUR

21. SILUET

23. PENDUA


33. TWITTER




53. SUASANA






57. SEPI


Saya, Nur Aqilah binti Sepuan bernombor matrik 202966, pelajar kursus BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa, Semester 2 2020/2021, dengan ini  mengakui bahawa segala tugasan yang saya dan ahli kumpulan lakukan adalah benar dan tidak meniru hasil kumpulan lain atau sumber lain.  Sekiranya saya dan ahli kumpulan menggunakan contoh yang diambil daripada sumber lain dalam tugasan, ia adalah sebagai rujukan dan panduan dan saya serta ahli kumpulan telah meletakkan sumber atau kredit kepada sumber berkenaan.  

Terima kasih kepada Prof Dr Normaliza Abd Rahim atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah diberikan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang 14 minggu mengikuti kelas dalam talian pada semester ini. Maaf atas segala kekurangan yang telah saya lakukan sepanjang mengikuti kelas Multimedia dalam Bahasa. Akhir sekali, terima kasih kepada Prof Dr. Normaliza atas markah yang telah Prof berikan kepada saya. Saya sangat berterima kasih atas markah tersebut. 







~ T E R I M A  K A S I H ~
💗

BBM3410-2021-MINGGU 14-RESENSI BUKU


Assalamualaikum dan Hello pembaca blog Penulis Tiga Pagi.

Jadi untuk minggu terakhir semester ni, saya nak kongsi dengan anda semua tentang resensi buku iaitu buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.


Link: https://youtu.be/YWtzvWYMKlU

Dalam video yang berdurasi 13 minit tersebut, saya telah menceritakan tentang beberapa bab yang terdapat dalam buku tersebut. Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi merupakan sebuah buku yang ditulis oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim dan diterbitkan oleh Universiti Malaysia Terengganu pada tahun 2019.
Dalam buku ini membincangkan tentang kajian wacana dan kajian strategi komunikasi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi, kalian bolehlah klik di link berikut dan tonton di Youtube.



~ T E R I M A  K A S I H ~

Tuesday, June 29, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14- SEPI (INSTAGRAM)

Holla pembaca blog penulis 3 a.m

Minggu 14, minggu akhir semester 4, saya nak kongsi dengan pembaca posting bertemakan 'Kesepian'.

Jom!!!




Posting rakan-rakan berkaitan tema sepi. Apa yang mereka fikirkan tentang sepi? 








~ T E R I M A  K A S I H ~




BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL

  

  

Link: https://www.youtube.com/watch?v=0scaRQ9gl24&t=3s

Assalamualaikum pembaca blog!!!

Minggu ni saya nak kongsikan dengan pembaca satu video temu bual saya bersama rakan saya.
Tajuk temu bual tersebut berkaitan keyakinan diri. Tetamu temu bual saya ialah seorang mahasiswa UniMas iaitu Muhd Nazrul Zawawi. Dalam temu bual tersebut, kami membincangkan tentang keyakinan diri. Semua orang pasti akan mengalami masalah keyakinan diri kan?
Haaa.. Jadi dalam temu bual tersebut juga, saudara Nazrul ada memberikan sedikit tips untuk mengurangkan keyakinan diri dalam diri kita. Nak tahu apa tipsnya, tengok lah video tu sampai habis yaaaa.

Oh, ya.. Saja jak bagitahu pembaca, sepanjang sesi temu bual dijalankan, pelbagai cabaran yang kami perlu hadap. Bunyi jiran bertukang, bunyi mama pasang surah kat dapur, bunyi abang 'sis' yang sedang bermain Mobile Legend, bunyi kucing mintak makan dan banyak lagi lah bunyi yang didengari. Sehinggakan kami terpaksa merakamkan video temu bual ini beberapa kali dan akhirnyaaa.. Itssaaa wraaaappppp!!!!



Sementara tunggu semua bunyi reda, kita selfie lukss!!!


~ T E R I M A  K A S I H ~

Wednesday, June 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13- MISTERI KOPI

Kredit: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

Link: https://youtu.be/d-q-toRLmD4


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog yang setia membaca blog saya!!!!
Hari ni saya nak kongsi satu topik yang menarik. Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan suatu program bual bicara iaitu program Sembang Tamu.  Tapi setiap program Sembang Tamu ni akan ada topik-topik yang menarik yang dibincangkan. 

SEMBANG TAMU : MISTERI KOPI

Sejujurnya saya bukanlah peminat kopi. Tapi tajuk yang dikongsikan agak menarik. Dalam sembang tamu kali ni, Dewan Bahasa dan Pustaka menampilkan Dr Siti Nur Alia Roslan sebagai tetamu yang akan membincangkan tentang misteri kopi. Jadi apa yang misterinya dengan kopi ni?

Dalam perkongsian kali ini, Dr. Alia menyatakan bahawa beliau sangat meminati kopi. Terdapat video yang dipaprkan oleh DBP yang menunjukkan Dr. Aliaa sedang membuat kopi. Bahkan di rumah beliau sendiri mempunyai mesin untuk membuat kopi. Belia juga mengatakan bahawa beliau meminati kopi kerana aroma kopi sangat sedap dan menyegarkan. 

Selain itu, dalam perkongsian tersebut juga, beliau ada berkongsi tentang manfaat dan kebaikan kopi. Dr. Aliaa juga ada memberitahu bahawa beliau telah merasai pelbagai jenis kopi sewaktu mengembara. Sangat menarik!!

Saya nak kongsikan dengan korang, walaupun saya bukanlah peminat kopi, tetapi saya pernah minum kopi. Kopi McD. 😅

Bukti kehadiran di live DBP✔
22 Jun 2021
9.00 pm







~ T E R I M A  K A S I H ~

BBM3410-2021-MINGGU 13-SUASANA (INSTAGRAM)

Holla pembaca blog. 

Minggu ni saya nak kongsi dengan pembaca tentang perkongsian di instagram saya dan rakan-rakan yang bertemakan 'suasana'.


Jom!!


Minggu ni. saya ceritakan kisah suasana beraya zaman kanak-kanak. Ya Tuhan!!!! Rindu sangat zaman beraya ketika kanak-kanak dulu. Bila mengimbau zaman kanak-kanak ni rasa macam sebak pulak kan? 


Jom tengok instagram rakan-rakan yang lain pulak








~ T E R I M A  K A S I H ~


Thursday, June 17, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 12- KEINDAHAN (INSTAGRAM)

Hello pembaca blog 🙋🙋
Minggu ni saya nak kongsikan dengan pembaca tentang erti keindahan bagi setiap orang. 
Jom tengok!


Instagram sendiri 


 

Instagram rakan-rakan dan pandangan mereka berkaitan keindahan








~ T E R I M A  K A S I H ~