Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

PENDEKATAN ANALISIS WACANA

(NORMALIZA ABD RAHIM, 2018)

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

BAHASA

INFERENS

1. Intuisi

2. Konteks

·  Penerimaan/Penafian

·  Keperluan

·  Perujukan

·  Anafora

·  Pengulangan

·  Kekaburan

·  Penegasan

1.         Positif

2.         Negatif

3.         Emosi bercampur

·            Perangai

·            Personaliti

·            Mood

·            moti

1.    Diri

2.    Masyarakat

3.    Adat

·      Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

·      Berdikari, hemah, tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan.

·      Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat.

·      Keadilan, kebebasan, rasional

 

1.      Bahasa pertama/kedua/ketiga

2.      Formal/tidak formal

3.      Kesalahan bahasa

4.      Linguistik

1.   Rumusan keseluruhan

2.   Rumusan topik perbincangan

3.   Penutup kata

 Sumber: Normaliza Abd Rahim (2009). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Penerbit UMT, Kuala Nerus.


             Pra-andaian merupakan suatu perkara yang diamalkan sebelum berhujah atau bertindak. Dalam pra-andaian terdapat dua aspek yang dianalisis iaitu intuisi dan konteks. Terdapat beberapa aspek yang dianalisis oleh Normaliza Abd Rahim dalam aspek konteks iaitu penerimaan dan penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan serta penegasan.

      Emosi ialah suatu perasaan yang dizahirkan oleh seseorang akibat daripada rangsangan yang diterima. Aspek emosi dianalisis kepada tiga iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur. Emosi yag dizahirkan dapat dilihat melalui perangai, personaliti, mood, dan motivasi.

      Seterusnya, ialah aspek yang dianalisis ialah aspek nilai dan budaya.  Budaya ialah perkara yang berkaitan budi dan akal. Nilai ialah standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan untuk mempertimbangkan sesuatu perkara, perbuatan, tingkah laku, kejadian dan keadaan. Dalam nilai dan budaya, aspek yang dianalisis yang difokuskan ialah aspek diri, masyarakat dan adat. Nilai pula dianalisis dari aspek jujur, ikhlas, kasih sayang, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kerjasama, semangat masyarakat, keadilan, kebebasan dan rasional.

      Bahasa ialah lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia. Berdasarkan rajah di atas, bahasa yang dianalisis terdiri dariapda empat aspek. Pertama aspek bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa ketiga. Seterusnya,  aspek yang kedua ialah bahasa formal dan bahasa tidak formal. Selain itu, aspek yang dianalisis ialah aspek kesalahan bahasa dan aspek linguistik.

      Bagi inferens pula, terdapat tiga aspek yang dianalisis iaitu iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap aspek tersebut dianalisis secara rinci agar huraian yang diberikan lebih jelas dan padat.  


Kehadiran 1/4/2021 ✔




No comments:

Post a Comment