Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT


S E L A M A T  H A R I  R A Y A   A I D I L F I T R I 🌙



Link: https://youtu.be/gEJHl64-QFc

Assalamualaikum , hello pembaca blog Penulis3Pagi.
Video kali ni Qila nak share tentang makanan yang ada ketika Hari Raya di Sarawak. Makanan yang wajib ada ketika Hari Raya bagi masyarakat di Sarawak ialah kuih lapis. Kuih lapis ni ada banyak jenis dan banyak nama.. Tapi bukan masa Hari Raya je orang hidang kuih lapis, hari lain pun ada jugak. Contoh Hari Gawai, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina pun ada juga orang hidangkan kuih lapis ni. Kiranya kuih lapis ni sesuai untuk semua perayaanlah. Selain tu, dalam video tu jugak Qila dan adik ada share serba sedikit pengalaman raya kita orang kat kampung dan perbezaan suasana raya kat kampung dan raya kat bandar. Obviously, raya kat kampung lagi seronok. Aura dia tu lain macam wehhh.. Tak sama dengan raya di bandar. Qila sendiri pun kekok raya kat bandar walaupun tahun lepas raya kat bandar jugak. Semoga tahun depan kita dapat raya bersama semua ahli keluarga ya gaisss.. Rindu nak nanyi lagu 'balik kampung' masa dalam perjalan ke kampung. Semoga covid19 lenyaplah cepat-cepat di muka bumi ni.

Untuk pengetahuan pembaca, video ni Qila rakam pada malam kedua raya sebab malam pertama raya  tu sibuk sangat melayan ahli keluarga yang datang. Maklumlah, rayakan 'sehari' jerrrr.. Video ni dirakam menggunakan teknik setempat. 

Apa itu video setempat? Haa... Video setempat ni salah  satu kaedah yang digunakan untuk merakamkan video. Bagi mendapatkan video ni,  rakaman video dirakamkan di satu tempat sahaja dan tidak beralih ke tempat yang lain. Jadi, untuk video setempat ni saya rakam di ruang tamu rumah. Dalam video setempat ni, orang yang merakamkan video tersebut tiada dalam video tetapi hanya terdengar suara sahaja. Jadi, jangan tanya kenapa muka saya tak nampak dalam video, tetapi hanya suara je di dengari. Video ni saya rakam guna telefon bimbit. Maka, jadilah video setempat. 

Itu jelah nak share. Kalau nak tau apa Qila dengan adik borak, tengoklah video tu. Jangan lupa like dan comment (kalau nak comment).

Jaga kebersihan diri dan ikut SOP walaupun raya gais. 

#SavePalestine
#PrayforPalestine
#StandwithPalestine



Kehadiran amali minggu 8 
20 Mei 2021 ✔

No comments:

Post a Comment