Tuesday, June 8, 2021

Rancangan Sembang Tamu: Drama Korea: Realiti atau Fantasi

안녕하세요 여러분!!!
Assalamualaikum pembaca blog Penulis Tiga Pagi!!
Minggu 11 ni saya nak kongsikan dengan pembaca satu perkongsian yang sangat menarik!!
Dewan Bahasa dan Pustaka  ada menganjurkan satu perbincangan dengan Prof Normaliza berkaitan drama Korea!!! Haaaa peminat K-Drama mesti teruja kan nak tau tentang perkongsian ni?? Jangan risau. Korang boleh klik link kat bawah tu dan dengar apa yang Prof dengan Encik Rafiq bincangkan tentang drama Korea ni.😄😄😄



Kredit to: Dewan Bahasa dan Pustaka
Link: https://www.youtube.com/watch?v=zNx2BjyJmlA

Baiklah, seperti yang pembaca sedia maklum, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan satu perbincangan. Tajuk perbincangan sangat menarik tambah-tambah lagi masa PKP ni, takda buat apa kat rumah kan? So boleh lah layan banyak drama.
Untuk perbincangan kali ini, tajuk yang dibincangkan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka ialah tentang Drama Korea : Realiti atau Fantasi.
Dengar tajuk je dah menarik apa lagi kalau tengok full video ni kat YouTube. Perbincangan ini dihadiri oleh Prof Normaliza. Tak sangka Prof ni pun minat jugak dengan K-Drama. Dan lebih menarik lagi apabila Prof tau semua nama pelakon-pelakon drama Korea ni!!!👏👏
Nak tau tak apa yang lebih menarik minat saya? Bila Prof cakap yang drama Hospital Playlist tu best!!!! Hahahhhaah Gila tak best!!1 Seronok kot drama tu!! Buatkan saya lebih semanngat nak belajar. Silap-silap nak tukar kursus, ambik kursus kedoktoran!!😆😆

Okay, saya nak ringkaskan sedikit beberapa perkara yang Prof bincangkan dalam video tersebut.

1. Kenapa drama Korea ni mendapat banyak sambutan daripada penonton?
= Sebab drama Korea ni dekat dengan masyarakat. Pembaca boleh perhatikan bahawa drama Korea ni ada banyak genre. Tapi bak kat Prof, setiap tahun drama Korea ni ada pattern dia. Contoh, kalau tahun ni drama berkonsepkan thriller yang meleutp, maka setahun-tahun ni jugaklah kebanyakan drama yang dihasilkan adalah berkonsepkan thriller. Tapi jalan cerita dia agak berbeza. Itu yang menariknya drama Korea.

2. Kenapalah best sangat drama Korea ni?
Kalau pembaca nak tau, drama Korea ni bukan sahaja sebuah drama semata-mata, tapi drama Korea ni ibarat menarik manusia untuk lebih mengenali apa itu negara dan budaya Korea. Contoh, dalam drama Korea tu pembaca boleh perhatikan pelbagai jenis makanan yang dorang makan, seperti ramen, kimchi. Untuk pengetahuan pembaca, di Malaysia ni dah berlambak jenis dan jenama ramen yang dijual di pasar raya. Bukan itu sahaja, ada jugak orang yang jual kimchi tau!! Hebat tak hebat drama Korea? Sampai makanan pun orang nak ambik dan eksport sampai keluar negara.

3. Seronok sangat ke drama Korea? 
Siapa yang berani cakap tak seronok? 😠 Kalau pembaca nak tau, pelakon-pelakon drama Korea ni akan menghayati dan mempelajari sesuatu watak itu dengan baik sebelum dilakonkan. Sebagai contoh, drama Hospital Playlist. Bukan setakat pengarah drama, bahkan para pelakon akan membuat penyelidikan dan belajar dengan doktor sebenar cara nak bedah orang, cara nak pegang skalpel dan alat-alat bedah yang lain, macam mana nak sebut medical jargon dengan betul. Betapa dorang mempelajari betul-betul sesuatu watak sebelum dilakonkan.  Sebab tu kalau pembaca menomnton drama Korea, lakonan dorang sangat-sangat real!!😘😘

Jadi, apa yang dapat saya kongsikan kepada pembaca sekalian, banyak ilmu yang saya dapat daripada perbincangan malam ni. Lagi-lagi ilmu berkaitan negara Korea. Saya harap suatu hari nanti saya dan pembaca blog ni dapatlah jejakkan kaki kalian di bumi  Winter Sonata itu yaaaaa💗💗

Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa klik link YouTube di atas💓💓


Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka

Eh, asal muka Encik Rafiq pulak? Nak jadi Song Rafiq ke Encik Rafiq?😁


 Instagram Dewan Bahasa dan Pustaka

Amboi Prof, dah macam poster drama Korea je tu. Berlakon drama Korea apa tu Prof? 😁


Twitter Dewan Bahasa dan Pustaka

Senyum lebar Encik Rafiq ni, nervous lah tu sebab kena nyanyi lagu Winter Sonata kejap lagi 😁😁😁


Komen saya di live Dewan Bahasa dan Pustaka





Facebook: Aqilah Sepuan




~ T E R I M A  K A S I H ~

~ 감사합니다~



안녕
👋👋👋👋👋







No comments:

Post a Comment