Saturday, April 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)



Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Muzik latar : Rose Petals (Video Editor)




Link : https://youtu.be/WoKzJRv5I4E

Video Youtube tersebut menunjukkan beberapa gambar makanan dan barangan yang diambil menggunakan teknik asas fotografi iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay.



Flatlay

Flatlay ialah teknik asas fotografi. Untuk mengambil gamabr menggunakan kaedah flatlay, kamera seharusnya berada tegak di atas item atau barangan tersebut. Sudut yang betul untuk mengambil gambar flatlay ialah 90 darjah. Maka, menggunakan teknik ini, gamabr barangan akan dapat dilihat dengan jelas daripada atas. 



Makanan yang ada mata ni namanya paoping. Paoping ni kira macam ais krim jugaklah. Sedap pun sedap. Yang ni flavour coklat. Gambar ni saya ambil sebelum berbuka puasa dengan adik di Troots Cafe. 😋😋



Ini dompet saya😅. Beli kat Shopee masa semester 1 dulu. Suka kat dompet ni sebab banyak poket simpan kad. Tapi kadnya sikit jaaa😅. Ni jaa duit yang ada😅. Kaya jugak kan? 




Half Flatlay

Half flatlay ialah teknik yang sering digunakan oleh jurugambar untuk mengambil gambar. Untuk menghasilkan gambar half flatlay, jurugambar akan mengambil gambar barangan dari sudut 45 darjah, separuh daripada flatlay. Gambar yang dihasilkan menggunakan teknik half flatlay sangat menarik dan cantik. 


Tumpang lalu. Ayam Grill nak lalu. Menu berbuka puasa untuk hari ke berapa tak ingat sebab sibuk dengan tugasan. Gambar ni adik tolong rakamkan masa ahli keluarga berbuka puasa diluar. Saya tak ikut masa tu. Maklumlah mahasiswa kan. Berbuka dengan assignment.😁 Tapi syukur Mama tapau satu ayam grill untuk saya. Yeayyy!!!



Kalau tanya lelaki memang tau, ladies tau ke?? Hehe... Peralatan memancing babah. Curi-curi ambik gambar masa ahli keluarga sedang masuk ke alam mimpi. Kalau babah tahu saya sentuh peralatan memancing Babah, panjang hujah nak beri dengan babah😓 Semoga babah maafkan saya.😁



Quarter Flatlay 

Quarter flatlay ialah setengah daripada sudut half flatlay. Sudut untuk mengambil gamabr bagi teknik quarter flatlay ialah kurang daripada 22.5 darjah. 


Raja buah!!! Siapa tak suka makan durian? Saya!!! Saya tak suka makan durian sebab alergik dengan durian. Hehe.. Bunyi macam  mengarut kan? Tapi memang saya alergik sangat-sangat dengan durian, lagi-lagi baunya. 😖





Kalau gambar tadi lelaki mesti kenal, yang ni pun semua orang kenal. Tapi kalau tanya perempuan, bukan setakat kenal macam tu jak, kenal sekali dengan jenamanya. Periuk kesayangan mama. Masa nak rakamkan gambar periuk ni, boleh tahan berat jugak. Jadi, kena hati-hati. Nanti pecah, rosak melayang duit biasiswa nak kena ganti yang baru.😟



Zero Flatlay

  Zero flatlay ialah teknik untuk mengambil gambar dari sudut bawah. Kamera akan diletakkan di atas lantai atau permukaan untuk mengambil gambar. Sudut untuk mengambil gambar zero flatlay ialah 0 darjah. Maiii tengok contoh...



Bergedil handmade.😋😁. Gambar ni saya rakamkan pada waktu pagi. Sekitar jam 1 pagi. Masa tu tengah buat assignment, tiba-tiba lapar, jadi pergi ke dapur, buat makanan sendiri. Sebelum makan, kena ambik gambar dulu. People nowadays~😁



Ini bukan pertunjukkan kereta mewah atau kereta antik. Ini koleksi kereta hotwheels mama. Mama suka kumpul hotwheel dan banyak lagi dalam almari, tapi ambil yang mana mampu jelah. Hotwheels ni saya ambil sekejap daripada almari mama demi assignment multimedia. Nanti saya bagitahu mama.😉😉


Jadi itu sahajalah ilmu yang saya nak kongsikan dalam post kali ni. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan teknik asas fotografi berkaitan flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay, bolehlah tonton video youtube di atas. dan belilah buku Multimedia dalam Bahasa di Shopee.

Terima kasih. 


Subscribe channel Prof Normaliza di Youtube. Kat situ ada cara nak tulis tesis untuk kajian anda nanti. Boleh gunakan sebagai panduan untuk menulis tesis. InshaAllah.
Saya dah subcribe, anda bila lagi??


Bye.. Jumpa di blog yang sama dalam posting yang berlainan. 👋👋

No comments:

Post a Comment