Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

Asas grafik ialah perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh individu yang berminat untuk menghasilakn video, gambar serta apa-apa sahaja bahan yang melibatkan grafik. Grafik ialah imej yang berbentuk paparan. Asas elemen grafik terdiri daripada lima iaitu elemen mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

Elemen Asas Grafik

Mudah

Warna

Teks

Kesesuaian

Keseimbangan

Elemen mudah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang apabila melihat gambaran grafik, seseorang itu akan mudah memahami maksud imej yang ditunjukkan. Elemen mudah bermaksud imej tersebut tidak bersifat abstrak.

 

 

Elemen warna merupakan kombinasi warna ataupun satu warna dalam suatu gambaran grafik. Grafik yang baik  mempunyai tiga warna sahaja. Warna yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan imej yang difokuskan. Item yang difokuskan seharusnya mempunyai warna yang menyerlah dan bersesuaian.

 

 

Teks merujuk kepada saiz fonts dan jenis fonts yang dipilih untuk mempersembahkan gambaran grafik. Pemilihan fonts dan jenis fonts yang baik akan menghasilkan gambaran grafik yang jelas dan baik. Namun yang demikian, tidak semua grafik memerlukan teks dalam persembahan.

 

 

Kesesuaian dalam grafik merujuk kepada kesesuaian grafik terhadap latar tempat, masa atau watak yang digambarkan dalam foto atau video. Setiap item yang difokuskan seharusnya bersesuai dengan grafik.

 

 

Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang yang terdapat di dalam video atau foto. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang kiri, kanan, atas dan bawah. Setiap ruang hendaklah seimbang agar penonton dapat memahami secara terus mesej yang disampaikan

 

 

 Rujukan: Normaliza Abd. Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM. Serdang

 

Tugasan 4 ✔
1 April 2021

 

 

 

 

 

 

 

 


No comments:

Post a Comment