Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

 Assalamualaikum.

Semester 4 dah mula semua. Beratnya subjek untuk semester ni ya Allah. Sebelum masuk semester dah mula berdebarnya macam ada sesuatu. Masuk je kelas pertama untuk semester ni, kelas Multimedia Bahasa Melayu.  Jadinya, untuk kelas ni, semua pelajar kena buat blog, lepastu perkenalkan diri masing-masing. 

Tapi cara Prof Normaliza ni minta pelajar perkenalkan diri unik jugak. Selalunya prof atau Dr. akan minta pelajar untuk bercakap sambil buka kamera (kelas dalam talian) dan perkenalkan diri. Tapi Prof ni nak pelajar beliau buat blog untuk perkenalkan diri. Jadi, ayuh saya mulakan.

Nama yang tertulis pada sijil kelahiran Nur Aqilah binti Sepuan. Lahirnya pada 3 Mac 1999 di kampung halaman tercinta, Lundu, Sarawak. Menetap di Sarawak selama 21 tahun. Pendidikan awal di Sekolah Rendah Tan Sri Mohamed, kemudian, sambung sekolah menengah di SMK Matang Hilir. Selepas tamat SPM, saya sambung STPM di Sekolah Menengah Matang Jaya. Alhamdulillah mendapat keputusan yang sangat baik untuk menyambung pelajaran.

Cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di luar Sarawak akhirnya tercapai. Sebenarnya, Univerisiti Putra Malaysia bukanlah pilihan pertama atau kedua dalam senarai univerisiti pilihan untuk saya melanjutkan pelajaran, tetapi sudah ketentuan Allah, saya merupakan salah seorang pelajar Universiti Putra Malaysia. 

Nur Aqilah binti Sepuan

202966

Mahasiswa Univerisiti Putra Malaysia

Kos Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)


Univerisiti Putra Malaysia, Serdang


Kos Bahasa Melayu menjadi kos pilihan untuk sambung belajar di universiti. Ini kerana, ketika di sekolah, bahasa Melayu merupakan subjek yang saya sering dapat grade A. Bahkan guru-guru di sekolah juga sarankan saya untuk mengambil kos berkaitan bahasa Melayu sekiranya saya melanjutkan pelajaran ke universiti. 

Tapi masyarakat sering mengatakan bahawa kos bahasa Melayu merupakan subjek yang mudah untuk lulus. Iya, Memang mudah untuk lulus, tapi nak lulus dengan baik (grade A) agak sukar. Jadi, pendapat saya, apa pun yang kita lakukan memang ada sukar dan ada mudahnya. Jadi teruskan berusaha untuk menjadi pelajar terbaik dan cemerlang.




Annyeong 👋

Setakat ni sajalah perkenalan diri daripada seorang insan bernama Aqilah. Jangan kenal benar-benar sangat, nanti jatuh cinta.. Hehehe..😊 Terima kasih. 


Pergi ke kedai membeli pulasan,
Membeli pulasan bersama abang, 
Kalau ada idea dan tugasan,
Jumpa lagi di posting akan datang.

6 comments: