Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CLOSE UP


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra Malaysia.

 

Close – Up

Close – up merupakan teknik mengambil gambar atau foto daripada jarak yang dekat supaya dapat memberikan fokus kepada objek atau muka seseorang. Menggunakan teknik close-up dalam fotografi, maka, gambaran sesuatu objek atau muka seseorang dapat dilihat dengan jelas dan terperinci. Close-up boleh dilakukan ketika seseorang sedang melakukan aktiviti dari jarak yang dekat.


MANUSIA



Model : En. Sepuan
Menggunakan teknik close-up, wajah individu ini dapat diperhatikan dengan jelas.




Model: Afiqah
Huraian : Menggunakan teknik close-up, dapat dilihat bahawa individu ini mengenakan solekan yang ringan pada wajahnya.


 


Model : Emiellia 
Huraian : Menggunakan teknik close-up, dapat dilihat bahawa individu ini mengenakan solekan jenis berat pada wajahnya.


Model : Nurul Sahada
Huraian: Menggunakan teknik close-up, wajah individu ini dapat diperhatikan dengan jelas bahawa dia sedang senyum.


Model: Lydia Natasha
Huraian: Raut wajah individu tersbut dapat dilihat dengan jelas dan rinci apabila dirakamkan menggunakan teknik close-up



BARANG

Model: Skru
Huraian : Melalui teknik close-up, dapat dilihat bahawa skru tersebut berkarat di bahagian tengahnya.



Model: Tali manila
Huraian: Melalui teknik close-up, dapat dilihat gambaran sebenar tali manila itu.

 

Model: Pengasah pensel

Huraian: Berdasarkan imej tersebut, dapat dilihat keadaan pengasah pensel yang kotor.


Model: Pin tudung
Huraian : Corak pada pin tudung dan kristal dapat dilihat dengan jelas melalui teknik fotografi close-up.


Model : Berus gigi
Huraian: Berikut merupakan imej secara rinci sebatang berus gigi yang diambil melalui teknik close-up.




HAIWAN/SERANGGA / BINATANG

Model : Lalat
Huraian: Melalui teknik close-up, dapat dilihat secara jelas gambaran sebenar seekor lalat.


Model : Semut hitam
Huraian: Berikut merupakan imej seekor semut hitam yang telah dirakamkan foto melalui teknik close-up.



Model : Kucing 
Huraian: Melalui teknik close-up, dapat dilihat secara jelas gambaran mata dan muka kucing.




Model : Labah-labah
Huraian: Menggunakan teknik close-up, dapat dilihat bahawa labah-labah tersebut tidak mempunyai kaki hadapan dan dapat dilihat corak pada badannya.



Model: Anak anjing
Huraian : Terdapat dua ekor anak anjing yang comel sedang tidur di dalam telapak tangan manusia.



BUNGA DAN DAUN 


Model : Bunga plastik
Menggunakan teknik close-up, dapat dilihat tekstur pada bunga plastik tersebut.



Model : Bunga 
Huraian: Berikut merupakan imej sekuntum bunga berwarna merah jambu dan debunga berwarna kuning yang telah dirakamkan foto melalui teknik close-up.

 

Model : Daun
Huraian: Corak garis pada daun dapat dilihat dengan jelas melalui teknik fotografi close-up.


Model : Daun
Corak garis dan tekstur daun yang berbulu dapat dilihat dengan rinci melalui teknik fotografi close-up.


Model: Bunga
Melalui foto tersebut, dapat dilihat dengan jelas stigma bunga berwana kuning.



 


Kehadiran Kuliah Minggu 3
5 April 2021✔









No comments:

Post a Comment