Kredit: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA
LINK : https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog yang setia membaca blog saya!!!!
Hari ni saya nak kongsi satu topik yang menarik. Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan suatu program bual bicara iaitu program Sembang Tamu. Tapi setiap program Sembang Tamu ni akan ada topik-topik yang menarik yang dibincangkan. Topik kali tersangatlah menarik untuk saya. Apa topik tu?
SEMBANG TAMU : DILEMA PENGEMBARA
Tengok tajuk pun dah tau menarik kan? Pengembara. Siapa je tak suka nak mengembara. Saya pasti mengembara ni pasti impian setiap orang di dunia termasuk impian pembaca blog saya juga. Saya pun minat mengembara. Melancong tempat orang. Untuk program Sembang Tamu : Dilema Pengembara, tetamu yang dijemput oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk berkongsi pengalaman beliau ialah Dr. Siti Nur Aliaa Roslan, pensyarah sebuah universiti di Malaysia.
Dr. Siti Nur Aliaa Roslan berkongsi banyak perkara berkenaan dengan pengalaman beliau yang telah menjelajah ke 21 buah negara. Ya Allah seronoknya dapat pergi ke banyak negara. Menurut Dr. Siti Nur Aliaa, beliau telah mula mengembara semasa masih kecil, iaitu setiap cuti hujung tahun, mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang untuk bercuti. Pada umur 16 tahun, Dr. Siti Nur Aliaa telah mengembara ke luar negara kerana mengikuti ibunya yang menyambung pelajaran di United Kingdom. Seronoknyaaaa!!!!!
Alhamdulillah, saya boleh katakan bahawa saya juga seorang pengembara. Semasa saya masih berumur kanak-kanak, saya dan adik beradik telah dibawa melancong oleh ibu dan ayah ke banyak tempat. Antaranya Sabah. Kalau favourite place Dr. Siti Nur Aliaa masa kecil dulu Pulau Pinang, saya pula Sabah. Setiap dua tahun, keluarga saya akan bercuti atau boleh saya katakan mengembara di Sabah. Kami akan ke Sabah menggunakan kereta. Dari Sarawak ke Sabah. Memang adventure sangat. Manakan tidak, perjalanan mengambil masa dua hari sebab kami akan berhenti di Bintulu untuk berehat. Hari kedua baru bertolak ke Sabah.
Dalam perkongsian Dr. Siti Nur Aliaa dalam program Sembang Tamu: Pengembara Dilema, beliau ada berkongsi serba sedikit tentang apa itu pengembara. Menurut Dr. Siti Nur Aliaa, seseorang pengembara itu bukanlah orang yang mengembara ke luar negara sahaja, dalam negara sekali pun dikira pengembara. Contohnya, jika saya menetap di Sarawak dan saya belajar di Selangor, saya juga merupakan seorang pengembara. Jadinya di sini, saya nak rumuskan bahawa, pengembara ni adalah orang yang keluar daripada zon selesa. Zon selesa tu maksudnya, berdikari. Pergi tempat orang dan belajar macam mana nak hidup kat tempat orang.
Dalam Islam menganjurkan umatnya untuk mengembara ke tampat orang. Mengembara ni seronok tau. Seribu satu kebaikan dan manfaat yang kita dapat kalau kita mengembara kat tempat orang. Kita boleh tengok tempat-tempat yang menarik kat tempat orang tapi takda kat tempat kita. Sebagai contoh, kita mengembara kat Australia, dapat tengok kanggaru. Kat Malaysia mana ada kanggaru. Bukan itu je, kalau kita mengembara, kita dapat belajar budaya sesuatu tempat tu. Contoh kalau pergi Korea, mesti penlancong yang datang situ akan cuba menggunakan baju tradisional Korea, Hanbok. Menarik kan? Kalau nak pakai Hanbok kat Malaysia boleh je, tapi mungkin feel dia lain sikit.
Lepastu, kalau kita mengembara, kita boleh cuba makanan tradisional kat tempat orang. Kalau kat luar negara mungkin agak sukar untuk mencari makanan halal tapi kalau mengembara kat dalam Malaysia, senang sikit. Contoh, kalau korang pergi Sabah, korang bolehlah try makanan tradisi orang Sabah macam linut, hinava dan banyak lagi. Salah satu kebaikan mengembara kat tempat orang ni jugak, kita boleh belajar bahasa mereka. Haaa menarik kan. Belajar bahasa baharu, dapat tambah ilmu baharu. Sambil-sambil belajar bahasa baharu, saya yakin kita akan dapat kawan baharu. Berkawan dengan orang daripada pelbagai negara ni seronok. Macam-macam perkongsian menarik yang kita dapat.
Mengembara pun mengembaralah, tapi kena tau jugak tips-tips nak mengembara. Jangan main redah je pergi tempat orang. Dalam program Sembang Tamu: Dilema Pengembara, Dr. Siti Nur Aliaa ada juga berkongsi beberapa tips untuk menjadi seorang pengembara. Yang pertama....*drum roll*
Pertama sekali - kaji dulu tempat yang kita nak pergi. Buat research atau selidik. Sekarang zaman moden, maklumat kat hujung jari, jadi mudah je kalau nak tau tentang sesebuah negara. Kenapa kena cari maklumat? Ini penting supaya kita tahu keadaan semasa yang berlaku kat sana, kita boleh sediakan pakaian yang sesuai untuk berada di tempat kita nak mengembara, kita boleh tau mana nak cari makanan halal kat situ, kita boleh tau nilai mata wang yang negara tu gunakan dan yang teramat penting, kita boleh tau sama ada negara tu tengah mengalami rusuhan atau tidak. Kalau kita tak buat research awal-awal nanti akan menyukarkan keadaan kita sewaktu kat tempat orang. Lagipun, kalau kita dah buat research awal-awal tentang tempat yang kita nak pergi tu, kita bolehlah rancang perjalanan kita dengan sebaiknya. InshaAllah
Tips kedua - bawa ubat sendiri dan ubat kena cukup. Bahagian ni selalu nya ibu-ibu lah yang sediakan,Tapi kalau mengembara sendiri, kita sendiri lah kena sediakan. Menurut Dr. Siti Nur Aliaa, semasa beliau mengembara ke tempat orang, beliau akan memastikan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Lebih takpa, kurang jangan. Kenapa kena bawa ubat? Kat tempat kita mengembara tu kan ada klinik atau hospital. TAK SEMUA TEMPAT KITA PEPRGI ADA KLINIK DAN HOSPITAL! Lagi satu pentingnya ubat ni supaya kita tak perlu nak keluarkan duit untuk beli ubat kat tempat orang. Kita tak tau berapa harga ubat dekat tempat orang. Menurut Dr. Siti Nur Aliaa, beliau yang sudah mengembara ke banyak tempat dan melihat sendiri sistem perubatan di tempat-tempat orang. Ada yang mahal dan ada yang murah. Jadi sebaiknya kita sediakan sendiri ubat-ubatan kita. Sebagai orang Melayu, saya sendiri akan membawa minyak angin walau ke mana pun saya pergi. Jadi, kat situ dah boleh jimat duit untuk membeli belah atau mengembara ke tempat lain pulak.
Tips ketiga - jangan malu bertanya. Pernah dengar orang cakap, 'malu bertanya sesat jalan'. Kat tempat orang ni kita kena rajinkan mulut, bertanya. Jangan diam, buat hal sendiri. Contoh, kalau sesat, takkan nak harapkan peta untuk bawa kita ke tempat yang kita nak tuju. Nak tak nak kena jugak tanya penduduk tempat tu. Selain itu juga, kalau kita bertanya, kita boleh tahu sesuatu perkara. Misalnya apa perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan di suatu tempat tersebut. Dan penting untuk diingatkan, TIDAK SEMUA PERKARA ADA DALAM INTERNET. Maka, rajin-rajinlah bertanya sekiranya anda seorang pengembara.
Banyak lagi tips yang Dr. Siti Nur Aliaa kongsikan dalam program Sembang Tamu tu. Kalau saya tulis semua kat sini, macam spoil pulak kan. Kalau korang nak tau lagi tips untuk jadi pengembara, korang boleh tekan link kat atas tu dan dengar perkongsian yang Dr. Siti Nur Aliaa kongsikan. Ada juga soalan-soalan menarik daripada pelayar berkenaan dengan pengembara dan mengembara. Mana tau soalan tu berkaitan dengan korang yang nak jadi pengembara?
Saya tulis ni sekadar rumusan dan ringkasan untuk beberapa tips sahaja. Jadi, siapa yang pasang impian nak jadi pengembara tu, semoga berjaya menjadi pengembara yang baik.
'Maka mengembaralah kamu kerana itu tanggungjawab seorang muslim'
'Orang yang berilmu dan beradab tidak akan diam kampung halaman. Tinggallah negerimu, merantaulah ke negeri orang'
[Imam As-Syafie]
Terima kasih.
😄😄😄
Nur Aqilah binti Sepuan sebagai Aqilah Sepuan
No comments:
Post a Comment