RUJUKAN
: Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian
Wacana Dan Strategi Komukasi Teori Dan Aplikasi. Universiti Malaysia
Terengganu (UMT): Kuala Nerus, Terengganu Darul Aman.
Cerita
sosial 2 mengisahkan tentang seorang budak bernama Alim yang berkongsi makanan
dengan jirannya. Pada hari Ahad yang lalu, bapa telah pulang dari pasar dan
membawa pulang banyak buah-buahan tempata. Ada buah durian, buah duku, buah
manggis, buah rambutan, buah langsat dan
pelbagai lagi jenis buah-buahan tempatan. Bapa membeli buah-buahan ni dari
pasar tani. Bapa membelinya kerana bapa tahu anak-anaknya sangta gemar makan
buah-buahan tempatan. Kemudian, bapa menyuruh abang Imran untuk memanggil ibu
dan adik beradim yang lain untuk makan buah-buahan yang dibeli bersama-sama.
Ibu dan anak-anak berasa gembira
melihat terdapat banyak jenis buah-buahan yang dibeli oleh bapa. Sebelum makan,
ibu telah menyediakan sebuah bakul sampah untuk membuang kulit buah-buahan
tersebut. Iu tidak suka sekiranya rumah menjadi kotor dan bersepah akibat
daripada sisa kulit buah-buahan tersebut. Alim, abang Imran, Kak Madinah dan
Aisyah menangguk tanda faham akan arahan mereka. Ketika makan, Alim meminta izin ibuya untuk
berkongsi buah-buahan tersebut dengan Sulaiman, rakannya. Hal ini demikian
kerana, Alim sering ingat akan pesan ibu iaitu berkongsi apa-apa rezeki atau
barang yang kita suka dengan orang lain. Jadi, Alim berfikir untuk berkongsi
makanannya dengan rakannya, Sulaiman. Ibu tahu Alim seorang anak yang baik,
lalu ibu memberikan keizinan kepada Alim untuk berkongsi buah-buahan tersebut
kepada Sulaiman.
Ibu mengasingkan dan memasukkan
beberapa biji buah rambutan dan manggis ke dalam plastik yang berwarna merah. Kemudian,
Alim mengambil bungkusan plastik merah daripada ibunya lalu berlari ke arah
rumah Sulaiman. Sampai di rumah Sulaiman, Alim memberikan plastik tersebut
kepada Sulaiman. Sulaiman mengambil plastik yang berisi buah manggis dan buah
rambutan itu sambal tersenyum. Sulaiman juga tidak lupak untuk mengucapkan
terima kasih kepada Alim kerana memberikknya buah-buahan yang sedap.
Setelah membrikan buah-buahan kepada
Sulaiman, Alim ulang ke rumah untuk makan buah-buahan bersama keluarganya. Alim
berasa seronok dan gembira kerana telah berkongsi makanan dengan rakannya,
Sulaiman. Alim tersenyum gembira dan berasa puas hati kerana dia tahu bahwa dia
telah melakukan sesuatu yang baik pada hari itu. Alim, abang Imran dan Kak
Madinah membantu ibu dan bapa mengemas rumah setelah makan buah-buahan. Alim
membantu membuang sisa kulit buah-buahan ke dalam tong sampah. Semasa membuang
sampah diluar rumah, Alim terserempak dengan Mak Timah. Mak Timah ialah ibu
kepada Sulaiman. Mak Timah sedang menyapu lantai di kawasan luar rumah.
Mak Timah mengucapkan terima kasih
kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Timah berasa
sangat gembira dan terharu. Alim membalas ucapan terima kasih Mak Timah. Alim
memberitahu Mak Timah bahawa amalan berkongsi makanan atau barangan yang kita
suka merupakan amalan yang baik. Amalan tersebut seharusnya dicontohi oleh
semua orang. Alim juga tidak lupa untuk memuji Mak Timah dan keluarganya. Alim
berkata bahawa mereka ialah orang baik. Mak Timah berasa sedih mendengar
kata-kata Alim. Hal ini demikian kerana Mak Timah tahu bahawa Alim merupakan
seorang budak yang baik.
Alim yang melihat Mak Timah sedih
bertanya kepada Mak Timah. Mak Timah menjawab bahawa dia sebenarnya bukan sedih tetapi
gembira kerana Alim sudi berkawan dengan Sulaiman. Kemudian, Alim berlalu pergi
pulang ke rumah meninggalkan Mak Timah. Mak Timah selalu mendoakan
kesejahteraan dan kebahagiaan Alim serta keluarganya.
Kehadiaran amali minggu 3
8 April 2021✔
No comments:
Post a Comment