Thursday, April 15, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-MEDIUM SHOT

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra   Malaysia.


Medium Shot

Medium shot ialah gambar atau foto yang diambil daripada jarak yang dekat dengan kamera. Wajah seseorang yang dirakamkan melalui teknik medium shot adalah lebih jelas berbanding long shot. Medium shot sesuai untuk bahan, objek dan manusia. Dalam merakamkan video, teknik medium shot banyak digunakan agar viedo lebih fokus dan penonton memahami situasi yang digambarkan dengan jelas. 



Model : Nur Aqilah 

Lokasi : Taman Sibu Jaya.

Gambar ini dirakamkan menggunakan teknik medium shot. Gambar ini menunjukkan model sedang bercekak pinggang dan riak wajah model tersebut juga jelas kelihatan.Teknik  medium shot diambil daripada bahagian kepala sehingga bahagian pinggang .




Model : Nur Afiqah 

Lokasi : Tempat pelancongan 

Gambar ini menunjukkan imej model yang sedang berpakaian kimono. Dalam gambar tersebut jelas menunjukkan wajah model yang sedang senyum. Pemandangan tumbuh-tumbuhan hijau sebagai latar juga dapat dilihat dengan jelas.



 Model: Encik Sepuan


Lokasi : Tempat pelancongan 

Gambar ini dirakamkan menggunakan teknik medium shot. Dalam gambar ini jelas menunjukkan wajah model yang tersenyum tapi tidak terlalu senyum. Pemandangan atau objek seperti rumah kecil dibelakang juga jelas kelihatan. 




Berikut merupakan draf atau cadangan untuk gambar medium shot.

Kehadiran kuliah minggu 4 ✔




                                   Nota untuk tajuk medium shot.



Kehadiran kuliah minggu 4

12 April 2021



No comments:

Post a Comment