Wednesday, June 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13- MISTERI KOPI

Kredit: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

Link: https://youtu.be/d-q-toRLmD4


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog yang setia membaca blog saya!!!!
Hari ni saya nak kongsi satu topik yang menarik. Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan suatu program bual bicara iaitu program Sembang Tamu.  Tapi setiap program Sembang Tamu ni akan ada topik-topik yang menarik yang dibincangkan. 

SEMBANG TAMU : MISTERI KOPI

Sejujurnya saya bukanlah peminat kopi. Tapi tajuk yang dikongsikan agak menarik. Dalam sembang tamu kali ni, Dewan Bahasa dan Pustaka menampilkan Dr Siti Nur Alia Roslan sebagai tetamu yang akan membincangkan tentang misteri kopi. Jadi apa yang misterinya dengan kopi ni?

Dalam perkongsian kali ini, Dr. Alia menyatakan bahawa beliau sangat meminati kopi. Terdapat video yang dipaprkan oleh DBP yang menunjukkan Dr. Aliaa sedang membuat kopi. Bahkan di rumah beliau sendiri mempunyai mesin untuk membuat kopi. Belia juga mengatakan bahawa beliau meminati kopi kerana aroma kopi sangat sedap dan menyegarkan. 

Selain itu, dalam perkongsian tersebut juga, beliau ada berkongsi tentang manfaat dan kebaikan kopi. Dr. Aliaa juga ada memberitahu bahawa beliau telah merasai pelbagai jenis kopi sewaktu mengembara. Sangat menarik!!

Saya nak kongsikan dengan korang, walaupun saya bukanlah peminat kopi, tetapi saya pernah minum kopi. Kopi McD. 😅

Bukti kehadiran di live DBP✔
22 Jun 2021
9.00 pm







~ T E R I M A  K A S I H ~

No comments:

Post a Comment