Sunday, May 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-VIDEO ONE SHOT (TAMING SARI)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum dan hai pembaca blog Penulis Tiga Pagi👋👋👋... Hari ni saya nak share dengan korang video. Bukan satu, bukan dua tapi TIGA VIDEO!!!!! Untuk posting kali ni, saya nak cerita pasal video one shot, video one shot two layer dan video one shot three layer. Jadi, tak yah nak lengahkan masa lagi jom tambah sikit ilmu tentang video one shot. 👇

Video One Shot

 Link : https://youtu.be/-Xc_PpNz4Bk


Video Youtube kat atas tu ialah video one shot. Video one shot ni ialah video yang dirakam tanpa menggerakkan kamera atau alat perakam. Video one shot ni tak perlukan suntingan kecuali nak tambah kredit di penghujung video. Pengambaran video one shot ni menunjukkan mimik muka penyanyi sama ada secara kumpulan atau individu. Bagi video one shot, saya dan rakan-rakan telah memilih lagu Hari Raya nyanyian Mimi Harris, Najwa Latif, IamNEETA dan Deanna Hussin. Durasi video one shot ni hanya 3.00 minit sahaja. Video one shot ini dibantu olah rakan-rakan saya iaitu Ester Maria dan Lydia Natasha. 

So, next one shot two layer pulak. 👇


Video One Shot Two Layer

Link: https://youtu.be/ozuRZbtVgq0


Untuk video one shot two layer ni pulak dirakamkan dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian dan biasanya lakonan yang dilakonkan berkaitan dengan jalan cerita yang terkandung dalam lagu tersebut. Jadi, untuk video one shot two layer ni, pembaca akan melihat terdapat jalan cerita yang disampaikan dalam video tersebut. Untuk video one shot two layer ni terdapat dua lapisan iaitu nyanyian dan lakonan. Video one shot two layer  tersebut dilakonkan oleh Nur Suraya binti Sulaiman dan dibantu oleh Nur Shakina binti Sulaiman. Dalam video one shot two layer ni, mereka menyanyikan lagu Seperti ini nyanyian Fieya Julia. 

Lastly, video one shot three layer. 👇

Video One Shot Three Layer 

Link : https://youtu.be/R5J8PrImsLc

Video one shot three layer ni macam mana pulak? Haa.. Video one shot three layer ni ada tiga lapisan dalamsatu video. Nama pun dah three layer. So, lapisan apa dalam video ni? Tiga lapisan dalam video one shot three layer ni ialah nyanyian, lakonan dan pergerakan. Bagi lapisan [ergerakan, ia boleh dilakukan dengan membuat penggam,baran di tempat yang mempunyai pokok yang bergoyang atau kenderaan yang lalu lalang atau apa sahaja objek yang bergerak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.  Dalam video one shot three layer ni, pembaca boleh melihat tiga lapisan iaitu nyanyian, lakonan dan pergerakan. Video one shot three layer ni dilakonkan oleh M.Hairuuddin Masri, M. Aiman Asyraf Masri, Nurazwarita Masri dan Siti Nurul Jannah Kasmiran. Lagu untuk video one shot three layer  pilihan kumpulan Taming Sari ialah Hantu atau Buaya dendangan Nana Sheme.

Jadi, itu sahaja cerita atau ilmu yang saya nak share untuk postingan minggu ini. Jumpa di postingan akan datang....


Kehadiran kuliah minggu 8
17 Mei 2021✔

*Prof, saya hadir tau. Sayang Prof tak bukak camera, kalau tak mesti dah masuk muka Prof dalam blog saya.😁😁


Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment