Sunday, May 30, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2018). Kajian Wacana dan Strategi: Teori dan Aplikasi. Terengganu, Penerbit UMT. 



Link : https://youtu.be/GgUOD5qtUgU


Assalamualaikum pembaca blog!!! πŸ‘‹πŸ‘‹
Untuk minggu ni saya nak share dengan pembaca tentang taksonomi dan strategi pendekatan komunikasi. Apa tu taksonomi?  Menrut Kamus Dewan Edisi Keempat, taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisama hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.
 Ada beberapa tokoh telah mengemukakan pandangan mereka dalam taksonomi  dan pendekatan strategi untuk komunikasi. Antaranya ialah Tarone (1977), Johnstone (1989), Faerch & Kasper (1983) dan Normaliza Abd Rahim (2018)..
Hmm cakap panjang pun tak guna jugak kalau tak faham kan? Jadi korang boleh tengok video YouTube yang saya upload untuk tahu banyak lagi berkenaan taksonomi dan pendekatan dalam strategi komunikasi. 

Saya nak share sikit pengalaman buat powerpoint ni. Hahaha.. Untuk pengetahuan pembaca, saya baru first time buat powerpoint then convert kepada video.. Selama ni tahu buat Powerpoint je kan. Dan, saya baru tahu ada laman web yang sediakan templates yang menarik untuk buat powerpoint. Kalau girls mesti suka kan... Ada pelbagai jenis templates kat dalam tu. Slidesgo. Itulah laman web yang saya guna untuk buat tugasan ni.

Jadi, saya rasa itu sahaja yang saya nak kongsikan dengan pembaca untuk minggu ni.


~T E R I M A  K A S I H~

Thursday, May 27, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)

Assalamualaikum gengsss!!!

Hari ni saya nak kongsi dengan pembaca tentang kemanusiaan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, kemanusiaan ni bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan manusia. Jadi ini posting hari ni, saya akan kongsi Tweet saya dan rakan-rakan tentang kemanusiaan. 


Kemanusiaan - Twitter 




Jom lihat pandangan saya dan rakan-rakan berkaitan kemanusiaan. 



(1)


(2)


(3)


(4)


(5)


Haa pembaca sekalian, apa pandangan korang tentang kemanusiaan?
Komenlaaaaa.



Kehadiran kuliah dan amali minggu 9 ✔


~ T E R I M A  K A S I H~

BBM3410-202I-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

Assalamualaikum dan hello pembaca blog Penulis Tiga Pagi. 

Jom tengok posting saya dan rakan-rakan tentang topik 'kesilapan.'


Kesilapan - Instagram




Jom tengok apa saya respon dengan pandangan rakan-rakan yang lain. 

 (1)


ig: iffahh_syakirah


(2)



ig: mohd.ikhmal96

(3)



ig: nabilafive_

(4)




ig: intnazrna

(5)


ig: katalisjiwa



instagram saya :n.aqilahsepuan



Kehadiran kuliah dan amali minggu 9 ✔

~ T E R I M A  K A S I H ~










BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

 Assalamualaikum dan holla everything ting tinggggπŸ‘‹πŸ‘‹

Hari ni saya nak share dengan korang kehebatan pelajar-pelajar Bahasa Linguistik Melayu berbalas pantun. 



Pantun 4 kerat (Facebook)



Jom tengok apa saya balas pada pantun rakan-rakan yang lain. 

























Kehadiran kuliah dan amali minggu 9 ✔

~ T E R I M A  K A S I H ~

Sunday, May 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-VIDEO ONE SHOT (TAMING SARI)

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Assalamualaikum dan hai pembaca blog Penulis Tiga PagiπŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹... Hari ni saya nak share dengan korang video. Bukan satu, bukan dua tapi TIGA VIDEO!!!!! Untuk posting kali ni, saya nak cerita pasal video one shot, video one shot two layer dan video one shot three layer. Jadi, tak yah nak lengahkan masa lagi jom tambah sikit ilmu tentang video one shot. πŸ‘‡

Video One Shot

 Link : https://youtu.be/-Xc_PpNz4Bk


Video Youtube kat atas tu ialah video one shot. Video one shot ni ialah video yang dirakam tanpa menggerakkan kamera atau alat perakam. Video one shot ni tak perlukan suntingan kecuali nak tambah kredit di penghujung video. Pengambaran video one shot ni menunjukkan mimik muka penyanyi sama ada secara kumpulan atau individu. Bagi video one shot, saya dan rakan-rakan telah memilih lagu Hari Raya nyanyian Mimi Harris, Najwa Latif, IamNEETA dan Deanna Hussin. Durasi video one shot ni hanya 3.00 minit sahaja. Video one shot ini dibantu olah rakan-rakan saya iaitu Ester Maria dan Lydia Natasha. 

So, next one shot two layer pulak. πŸ‘‡


Video One Shot Two Layer

Link: https://youtu.be/ozuRZbtVgq0


Untuk video one shot two layer ni pulak dirakamkan dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian dan biasanya lakonan yang dilakonkan berkaitan dengan jalan cerita yang terkandung dalam lagu tersebut. Jadi, untuk video one shot two layer ni, pembaca akan melihat terdapat jalan cerita yang disampaikan dalam video tersebut. Untuk video one shot two layer ni terdapat dua lapisan iaitu nyanyian dan lakonan. Video one shot two layer  tersebut dilakonkan oleh Nur Suraya binti Sulaiman dan dibantu oleh Nur Shakina binti Sulaiman. Dalam video one shot two layer ni, mereka menyanyikan lagu Seperti ini nyanyian Fieya Julia. 

Lastly, video one shot three layer. πŸ‘‡

Video One Shot Three Layer 

Link : https://youtu.be/R5J8PrImsLc

Video one shot three layer ni macam mana pulak? Haa.. Video one shot three layer ni ada tiga lapisan dalamsatu video. Nama pun dah three layer. So, lapisan apa dalam video ni? Tiga lapisan dalam video one shot three layer ni ialah nyanyian, lakonan dan pergerakan. Bagi lapisan [ergerakan, ia boleh dilakukan dengan membuat penggam,baran di tempat yang mempunyai pokok yang bergoyang atau kenderaan yang lalu lalang atau apa sahaja objek yang bergerak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.  Dalam video one shot three layer ni, pembaca boleh melihat tiga lapisan iaitu nyanyian, lakonan dan pergerakan. Video one shot three layer ni dilakonkan oleh M.Hairuuddin Masri, M. Aiman Asyraf Masri, Nurazwarita Masri dan Siti Nurul Jannah Kasmiran. Lagu untuk video one shot three layer  pilihan kumpulan Taming Sari ialah Hantu atau Buaya dendangan Nana Sheme.

Jadi, itu sahaja cerita atau ilmu yang saya nak share untuk postingan minggu ini. Jumpa di postingan akan datang....


Kehadiran kuliah minggu 8
17 Mei 2021✔

*Prof, saya hadir tau. Sayang Prof tak bukak camera, kalau tak mesti dah masuk muka Prof dalam blog saya.😁😁


Terima kasih. 

Wednesday, May 19, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

Ruujukan:  Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.






Berikut merupakan peta minda beraitan tajuk strategi komunikasi. Strategi komunikasi merupakan suatu cara yang digunakan oleh setiap manusia untuk menyampaikan mesej atau maklumat kepada pihak pendengar atau pembaca Terdapat pelbagai strategi komunikasi yang telah dikaji oleh pengkaji. Komunikasi ini penting agar setiap maklumat yang disampaikan dapat difahami dan diterima dengan baik oleh pembaca atau pendengar. 




Kehadiran Amali Minggu 8 

20 Mei 2021 ✔


Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT


S E L A M A T  H A R I  R A Y A   A I D I L F I T R I πŸŒ™



Link: https://youtu.be/gEJHl64-QFc

Assalamualaikum , hello pembaca blog Penulis3Pagi.
Video kali ni Qila nak share tentang makanan yang ada ketika Hari Raya di Sarawak. Makanan yang wajib ada ketika Hari Raya bagi masyarakat di Sarawak ialah kuih lapis. Kuih lapis ni ada banyak jenis dan banyak nama.. Tapi bukan masa Hari Raya je orang hidang kuih lapis, hari lain pun ada jugak. Contoh Hari Gawai, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina pun ada juga orang hidangkan kuih lapis ni. Kiranya kuih lapis ni sesuai untuk semua perayaanlah. Selain tu, dalam video tu jugak Qila dan adik ada share serba sedikit pengalaman raya kita orang kat kampung dan perbezaan suasana raya kat kampung dan raya kat bandar. Obviously, raya kat kampung lagi seronok. Aura dia tu lain macam wehhh.. Tak sama dengan raya di bandar. Qila sendiri pun kekok raya kat bandar walaupun tahun lepas raya kat bandar jugak. Semoga tahun depan kita dapat raya bersama semua ahli keluarga ya gaisss.. Rindu nak nanyi lagu 'balik kampung' masa dalam perjalan ke kampung. Semoga covid19 lenyaplah cepat-cepat di muka bumi ni.

Untuk pengetahuan pembaca, video ni Qila rakam pada malam kedua raya sebab malam pertama raya  tu sibuk sangat melayan ahli keluarga yang datang. Maklumlah, rayakan 'sehari' jerrrr.. Video ni dirakam menggunakan teknik setempat. 

Apa itu video setempat? Haa... Video setempat ni salah  satu kaedah yang digunakan untuk merakamkan video. Bagi mendapatkan video ni,  rakaman video dirakamkan di satu tempat sahaja dan tidak beralih ke tempat yang lain. Jadi, untuk video setempat ni saya rakam di ruang tamu rumah. Dalam video setempat ni, orang yang merakamkan video tersebut tiada dalam video tetapi hanya terdengar suara sahaja. Jadi, jangan tanya kenapa muka saya tak nampak dalam video, tetapi hanya suara je di dengari. Video ni saya rakam guna telefon bimbit. Maka, jadilah video setempat. 

Itu jelah nak share. Kalau nak tau apa Qila dengan adik borak, tengoklah video tu. Jangan lupa like dan comment (kalau nak comment).

Jaga kebersihan diri dan ikut SOP walaupun raya gais. 

#SavePalestine
#PrayforPalestine
#StandwithPalestine



Kehadiran amali minggu 8 
20 Mei 2021 ✔

BBM3410-2021-MINGGU 7- VLOG HARI RAYA (TAMING SARI)





Link: https://youtu.be/PzbZLuaNqIo

Assalamualaikum.

Berlalu ramadhan mengusik jiwa,
Datangnya syawal mengundang bahagia,
Hari kemenangan disambut ria,
Tanda kebesaran yang Maha Esa.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda sudah tentu ada khilaf dan dosa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Minal Aidin Wal FaizinπŸ’ž

Salam lebaran untuk semua yang meraikan Aidilfitri. Hari ni saya nak share dengan korang video dokumentari kumpulan Taming Sari berkenaan sambutan Hari Raya. Memandangkan sekarang tengah PKP, jadi tak boleh nak menziarahi rumah kenalan, ahli keluarga yang jauh pun tak boleh nak balik kampung. Jadi kita sambut ala kadar jelah. Yang penting 'vibes' raya tu ada kan? Walaupun tak semeriah dan tak seronok macam tahun sebelumnya (sebelum covid ada). Apapun, pembaca-pembaca sekalian, raya pun rayalah tapi, jaga kebersihan diri dan ikut SOP. 

#PrayforPalestine
#SavePalestine
#StandwithPalestine

Sunday, May 2, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA - TAMING SARI


Assalamualaikum pembaca blog. Minggu ni saya nak share dengan korang simpulan bahasa. Terlalu banyaksimpulan bahasa yang teradapat dalam bahasa Melayu. Jadi melalui video ni, saya dan rakan-rakan tunjukkan kepada pembaca semua berkenaan dengan simpulan bahasa. Mungkin ada yan g dah tahu simpulan bahasa tersebut, mungkin ada yang belum tahu. So, tengoklah video Youtube dibawah ni. 


 
Link : https://youtu.be/Idr7xGZq3Pk 

Simpulan bahasa:

Bil

Simpulan Bahasa

Maksud

6

Naik angin

Amat marah

17

Nyawa-nyawa ikan

Hampir mati

16

Orang gaji

Pembantu rumah atau orang suruhan

15

Orang harapan

Orang yang boleh dipercayai

12

Orang rumah 

Isteri

10

Otak cair

Pandai atau cerdik

20

Pasang kaki

Mengupah seseorang untuk mengintip atau memerhati sesuuatu perkara atau rahsia.

5

Pasang telinga

Mendengar dengan teliti

13

Pasar gelap

Tempat jual beli yang tidak sah

1

Patah hati 

Kecewa

19

Patah kandar

Hilang tempat berlindung atau bergantung

18

Pecah tembelang

Terbuka rahsia

4

Pejam mata

Tidak mahu mengambil tahu tentang sesuatu perkara

14

Pekak badak

Seseorang yang berpura-pura tidak mendengar

9

Pembasuh mulut

Manisan yang dihidangkan selepas makan

7

Pening lalat

Berasa pening sedikit

8

Penyapu baru

Orang yang rajin kerana baru bekerja

11

Perang dingin

Bergaduh atau berperang dengan cara menggertak. Bergaduh dengan tidak bercakap

2

Perang mulut

Bertengkar

3

Talam dua muka

Perihal orang yang berbuat baik kepada dua orang yang berseteru ( untuk keuntungan sendiri)


Saturday, May 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5 - TWITTER

Account Twitter : AqilahSepuan

Post Pertama 
Tema: Estetika
Tarikh : 27 APRIL 2021

Tweet sendiri



Retweet rakan-rakan 















Post Kedua
TARIKH:   2 MEI 2021


Tweet Sendiri




Retweet Rakan-rakan















PELBAGAI TAFSIRAN SETIAP MANUSIA BERKAITAN ESTETIKA 😍