Saturday, April 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)



Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Muzik latar : Rose Petals (Video Editor)




Link : https://youtu.be/WoKzJRv5I4E

Video Youtube tersebut menunjukkan beberapa gambar makanan dan barangan yang diambil menggunakan teknik asas fotografi iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay.



Flatlay

Flatlay ialah teknik asas fotografi. Untuk mengambil gamabr menggunakan kaedah flatlay, kamera seharusnya berada tegak di atas item atau barangan tersebut. Sudut yang betul untuk mengambil gambar flatlay ialah 90 darjah. Maka, menggunakan teknik ini, gamabr barangan akan dapat dilihat dengan jelas daripada atas. 



Makanan yang ada mata ni namanya paoping. Paoping ni kira macam ais krim jugaklah. Sedap pun sedap. Yang ni flavour coklat. Gambar ni saya ambil sebelum berbuka puasa dengan adik di Troots Cafe. 😋😋



Ini dompet saya😅. Beli kat Shopee masa semester 1 dulu. Suka kat dompet ni sebab banyak poket simpan kad. Tapi kadnya sikit jaaa😅. Ni jaa duit yang ada😅. Kaya jugak kan? 




Half Flatlay

Half flatlay ialah teknik yang sering digunakan oleh jurugambar untuk mengambil gambar. Untuk menghasilkan gambar half flatlay, jurugambar akan mengambil gambar barangan dari sudut 45 darjah, separuh daripada flatlay. Gambar yang dihasilkan menggunakan teknik half flatlay sangat menarik dan cantik. 


Tumpang lalu. Ayam Grill nak lalu. Menu berbuka puasa untuk hari ke berapa tak ingat sebab sibuk dengan tugasan. Gambar ni adik tolong rakamkan masa ahli keluarga berbuka puasa diluar. Saya tak ikut masa tu. Maklumlah mahasiswa kan. Berbuka dengan assignment.😁 Tapi syukur Mama tapau satu ayam grill untuk saya. Yeayyy!!!



Kalau tanya lelaki memang tau, ladies tau ke?? Hehe... Peralatan memancing babah. Curi-curi ambik gambar masa ahli keluarga sedang masuk ke alam mimpi. Kalau babah tahu saya sentuh peralatan memancing Babah, panjang hujah nak beri dengan babah😓 Semoga babah maafkan saya.😁



Quarter Flatlay 

Quarter flatlay ialah setengah daripada sudut half flatlay. Sudut untuk mengambil gamabr bagi teknik quarter flatlay ialah kurang daripada 22.5 darjah. 


Raja buah!!! Siapa tak suka makan durian? Saya!!! Saya tak suka makan durian sebab alergik dengan durian. Hehe.. Bunyi macam  mengarut kan? Tapi memang saya alergik sangat-sangat dengan durian, lagi-lagi baunya. 😖





Kalau gambar tadi lelaki mesti kenal, yang ni pun semua orang kenal. Tapi kalau tanya perempuan, bukan setakat kenal macam tu jak, kenal sekali dengan jenamanya. Periuk kesayangan mama. Masa nak rakamkan gambar periuk ni, boleh tahan berat jugak. Jadi, kena hati-hati. Nanti pecah, rosak melayang duit biasiswa nak kena ganti yang baru.😟



Zero Flatlay

  Zero flatlay ialah teknik untuk mengambil gambar dari sudut bawah. Kamera akan diletakkan di atas lantai atau permukaan untuk mengambil gambar. Sudut untuk mengambil gambar zero flatlay ialah 0 darjah. Maiii tengok contoh...



Bergedil handmade.😋😁. Gambar ni saya rakamkan pada waktu pagi. Sekitar jam 1 pagi. Masa tu tengah buat assignment, tiba-tiba lapar, jadi pergi ke dapur, buat makanan sendiri. Sebelum makan, kena ambik gambar dulu. People nowadays~😁



Ini bukan pertunjukkan kereta mewah atau kereta antik. Ini koleksi kereta hotwheels mama. Mama suka kumpul hotwheel dan banyak lagi dalam almari, tapi ambil yang mana mampu jelah. Hotwheels ni saya ambil sekejap daripada almari mama demi assignment multimedia. Nanti saya bagitahu mama.😉😉


Jadi itu sahajalah ilmu yang saya nak kongsikan dalam post kali ni. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan teknik asas fotografi berkaitan flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay, bolehlah tonton video youtube di atas. dan belilah buku Multimedia dalam Bahasa di Shopee.

Terima kasih. 


Subscribe channel Prof Normaliza di Youtube. Kat situ ada cara nak tulis tesis untuk kajian anda nanti. Boleh gunakan sebagai panduan untuk menulis tesis. InshaAllah.
Saya dah subcribe, anda bila lagi??


Bye.. Jumpa di blog yang sama dalam posting yang berlainan. 👋👋

Wednesday, April 21, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- NOTA FLATLAY


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra Malaysia.



Flatlay - gambar yang diambil daripada atas. 90 darjah

Half flatlay - gambar yang diambil dari sudut 45 darjah

Quarter flatlay - gambar yang diambil daripada sudut kurang daripada 22.5 darjah

Zero flatlay- kamera diletakkan di atas permukaan untuk mengambil gambar



Berikut merupakan nota peta minda berkenaan tajuk Flatlay. 

 



Kehadiran kelas amali minggu 5
22 April 2021✔



BBM3410-2021-MINGGU 5- NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK, 1977)

 RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori Dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu (UMT): Kuala Nerus, Terengganu Darul Aman.



Berikut merupakan nota peta minda untuk teori analisis wacana kritis (VanDijk, 1997)

Kehadiran amali minggu 5
22 April 2021✔





 

BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH, 1995)

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori Dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu (UMT): Kuala Nerus, Terengganu Darul Aman.

 



Berikut merupakan nota peta minda untuk Teori Analisis Wacana Kritis (Fairclough,1995)


 Kehadiran amali minggu 5 
22 April 2021✔

Monday, April 19, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA




Kredit: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

LINK : https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o



Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog yang setia membaca blog saya!!!!
Hari ni saya nak kongsi satu topik yang menarik. Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan suatu program bual bicara iaitu program Sembang Tamu.  Tapi setiap program Sembang Tamu ni akan ada topik-topik yang menarik yang dibincangkan. Topik kali tersangatlah menarik untuk saya. Apa topik tu?

SEMBANG TAMU : DILEMA PENGEMBARA

Tengok tajuk pun dah tau menarik kan? Pengembara. Siapa je tak suka nak mengembara. Saya pasti mengembara ni pasti impian setiap orang di dunia termasuk impian pembaca blog saya juga. Saya pun minat mengembara. Melancong tempat orang. Untuk program Sembang Tamu : Dilema Pengembara, tetamu yang dijemput oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk berkongsi pengalaman beliau ialah Dr. Siti Nur Aliaa Roslan, pensyarah sebuah universiti di Malaysia. 
    
Dr. Siti Nur Aliaa Roslan berkongsi banyak perkara berkenaan dengan pengalaman beliau yang telah menjelajah ke 21 buah negara. Ya Allah seronoknya dapat pergi ke banyak negara. Menurut Dr. Siti Nur Aliaa, beliau telah mula mengembara semasa masih kecil, iaitu setiap cuti hujung tahun, mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang untuk bercuti. Pada umur 16 tahun, Dr. Siti Nur Aliaa telah mengembara ke luar negara kerana mengikuti ibunya yang menyambung pelajaran di United Kingdom. Seronoknyaaaa!!!!! 
    
Alhamdulillah, saya boleh katakan bahawa saya juga seorang pengembara. Semasa saya masih berumur kanak-kanak, saya dan adik beradik telah dibawa melancong oleh ibu dan ayah ke banyak tempat. Antaranya Sabah. Kalau favourite place Dr. Siti Nur Aliaa masa kecil dulu Pulau Pinang, saya pula Sabah. Setiap dua tahun, keluarga saya akan bercuti atau boleh saya katakan mengembara di Sabah. Kami akan ke Sabah menggunakan kereta. Dari Sarawak ke Sabah. Memang adventure sangat. Manakan tidak, perjalanan mengambil masa dua hari sebab kami akan berhenti di Bintulu untuk berehat. Hari kedua baru bertolak ke Sabah.

Dalam perkongsian Dr. Siti Nur Aliaa dalam program Sembang Tamu: Pengembara Dilema, beliau ada berkongsi serba sedikit tentang apa itu pengembara. Menurut Dr. Siti Nur Aliaa, seseorang pengembara itu bukanlah orang yang mengembara ke luar negara sahaja, dalam negara sekali pun dikira pengembara. Contohnya, jika saya menetap di Sarawak dan saya belajar di Selangor, saya juga merupakan seorang pengembara. Jadinya di sini, saya nak rumuskan bahawa, pengembara ni adalah orang yang keluar daripada zon selesa. Zon selesa tu maksudnya, berdikari. Pergi tempat orang dan belajar macam mana nak hidup kat tempat orang. 

Dalam Islam menganjurkan umatnya untuk mengembara ke tampat orang. Mengembara ni seronok tau. Seribu satu kebaikan dan manfaat yang kita dapat kalau kita mengembara kat tempat orang. Kita boleh tengok tempat-tempat yang menarik kat tempat orang tapi takda kat tempat kita. Sebagai contoh, kita mengembara kat Australia, dapat tengok kanggaru. Kat Malaysia mana ada kanggaru. Bukan itu je, kalau kita mengembara, kita dapat belajar budaya sesuatu tempat tu. Contoh kalau pergi Korea, mesti penlancong yang datang situ akan cuba menggunakan baju tradisional Korea, Hanbok. Menarik kan? Kalau nak pakai Hanbok kat Malaysia boleh je, tapi mungkin feel dia lain sikit. 

Lepastu, kalau kita mengembara, kita boleh cuba makanan tradisional kat tempat orang. Kalau kat luar negara mungkin agak sukar untuk mencari makanan halal tapi kalau mengembara kat dalam Malaysia, senang sikit. Contoh, kalau korang pergi Sabah, korang bolehlah try makanan tradisi orang Sabah macam linut, hinava dan banyak lagi. Salah satu kebaikan mengembara kat tempat orang ni jugak, kita boleh belajar bahasa mereka. Haaa menarik kan. Belajar bahasa baharu, dapat tambah ilmu baharu. Sambil-sambil belajar bahasa baharu, saya yakin kita akan dapat kawan baharu. Berkawan dengan orang daripada pelbagai negara ni seronok. Macam-macam perkongsian menarik yang kita dapat. 

Mengembara pun mengembaralah, tapi kena tau jugak tips-tips nak mengembara. Jangan main redah je pergi tempat orang. Dalam program Sembang Tamu: Dilema Pengembara, Dr. Siti Nur Aliaa ada juga berkongsi beberapa tips untuk menjadi seorang pengembara. Yang pertama....*drum roll*

Pertama sekali - kaji dulu tempat yang kita nak pergi. Buat research atau selidik. Sekarang zaman moden, maklumat kat hujung jari, jadi mudah je kalau nak tau tentang sesebuah negara. Kenapa kena cari maklumat? Ini penting supaya kita tahu keadaan semasa yang berlaku kat sana, kita boleh sediakan pakaian yang sesuai untuk berada di tempat kita nak mengembara, kita boleh tau mana nak cari makanan halal kat situ, kita boleh tau nilai mata wang yang negara tu gunakan dan yang teramat penting, kita boleh tau sama ada negara tu tengah mengalami rusuhan atau tidak. Kalau kita tak buat research awal-awal nanti akan menyukarkan keadaan kita sewaktu kat tempat orang.  Lagipun, kalau kita dah buat research awal-awal tentang tempat yang kita nak pergi tu, kita bolehlah rancang perjalanan kita dengan sebaiknya. InshaAllah

Tips kedua - bawa ubat sendiri dan ubat kena cukup. Bahagian ni selalu nya ibu-ibu lah yang sediakan,Tapi kalau mengembara sendiri, kita sendiri lah kena sediakan. Menurut Dr. Siti Nur Aliaa, semasa beliau mengembara ke tempat orang, beliau akan memastikan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Lebih takpa, kurang jangan. Kenapa kena bawa ubat? Kat tempat kita mengembara tu kan ada klinik atau hospital. TAK SEMUA TEMPAT KITA PEPRGI ADA KLINIK DAN HOSPITAL! Lagi satu pentingnya ubat ni supaya kita tak perlu nak keluarkan duit untuk beli ubat kat tempat orang. Kita tak tau berapa harga ubat dekat tempat orang. Menurut Dr. Siti Nur Aliaa, beliau yang sudah mengembara ke banyak tempat dan melihat sendiri sistem perubatan di tempat-tempat orang. Ada yang mahal dan ada yang murah. Jadi sebaiknya kita sediakan sendiri ubat-ubatan kita. Sebagai orang Melayu, saya sendiri akan membawa minyak angin walau ke mana pun saya pergi. Jadi, kat situ dah boleh jimat duit untuk membeli belah atau mengembara ke tempat lain pulak.

Tips ketiga - jangan malu bertanya. Pernah dengar orang cakap, 'malu bertanya sesat jalan'. Kat tempat orang ni kita kena rajinkan mulut, bertanya. Jangan diam, buat hal sendiri. Contoh, kalau sesat, takkan nak harapkan peta untuk bawa kita ke tempat yang kita nak tuju. Nak tak nak kena jugak tanya penduduk tempat tu. Selain itu juga, kalau kita bertanya, kita boleh tahu sesuatu perkara. Misalnya apa perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan di suatu tempat tersebut. Dan penting untuk diingatkan, TIDAK SEMUA PERKARA ADA DALAM INTERNET. Maka, rajin-rajinlah bertanya sekiranya anda seorang pengembara. 

Banyak lagi tips yang Dr. Siti Nur Aliaa kongsikan dalam program Sembang Tamu tu. Kalau saya tulis semua kat sini, macam spoil pulak kan. Kalau korang nak tau lagi tips untuk jadi pengembara, korang boleh tekan link kat atas tu dan dengar perkongsian yang Dr. Siti Nur Aliaa kongsikan. Ada juga soalan-soalan menarik daripada pelayar berkenaan dengan pengembara dan mengembara. Mana tau soalan tu berkaitan dengan korang yang nak jadi pengembara?

Saya tulis ni sekadar rumusan dan ringkasan untuk beberapa tips sahaja. Jadi, siapa yang pasang impian nak jadi pengembara tu, semoga berjaya menjadi pengembara yang baik. 

'Maka mengembaralah kamu kerana itu tanggungjawab seorang muslim'

'Orang yang berilmu dan beradab tidak akan diam kampung halaman. Tinggallah negerimu, merantaulah ke negeri orang'

[Imam As-Syafie]


Terima kasih.
😄😄😄



Kehadiran Kuliah Minggu 4 ✔

Nur Aqilah binti Sepuan sebagai Aqilah Sepuan



 


Friday, April 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4 - CERITA SOSIAL

 

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana Dan Strategi Komukasi Teori Dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu (UMT): Kuala Nerus, Terengganu Darul Aman.

 

JADUAL 1 : JUMLAH BILANGAN KATA

BILANGAN

 

 

KELUARGA

SAYA

 

NENEK DAN DATUK

SAYANG ISTIMEWA

HATI

JIRAN

KATA KERJA

 

 

Tersenyum

*6 kali

*Ms 46-48

 

Memandang

2 kali

Ms 46-48

 

Menunjuk

*3 kali

*Ms 46-47

 

Menolong

*6 kali

*Ms 46-48

 

Mengutip

*1 kali

*Ms 46

 

Mengemas

*1 kali

*Ms 46

 

Bermain

*2 kali

*Ms 46

 

Menyimpan

*1 kali

*Ms 46

 

Memegang

*3 kali

*Ms 47-48

 

Menyapu

*3 kali

*Ms 47-48

 

Menyiapkan

*2 kali

*Ms 47

 

Memujuk

*1 kali

*Ms 47

 

Memanggil

*1 kali

*Ms 47

 

Berjalan

*2 kali

*Ms 47

 

Menggaru-garu

*1 kali

*Ms 48

 

Diusapnya

*1 kali

*Ms 48

 

Terdiam

*1 kali

*Ms 48

 

Tersengih

*1 kali

*Ms 48

 

Menghabiskan

*1 kali

*Ms 48

 

Bekerja

*1 kali

*Ms 48

 

Ketawa

*1 kali

*Ms 48

Bermain

*1 kali

*Ms 49

 

Mencari-cari

*2 kali

*Ms 49

 

Berjumpa

*1 kali

*Ms 49

 

Menangis

*8 kali

*Ms 49-51

 

Mengeluarkan

*1 kali

*Ms 49

 

Mengangkat

*1 kali

*Ms 49

 

Berlari

*1 kali

*Ms 49

 

Menunjuk

*1 kali

*Ms 50

 

Berdiri

*1 kali

*Ms 50

 

Berjalan

*2 kali

*Ms 51

 

Berhenti

*2 kali

*Ms 51

 

Tersenyum

*1 kali

*Ms 51

 

Memujuk

*1 kali

*Ms 51

 

Pegang

*1 kali

*Ms 51

 

Duduk

*1 kali

*Ms 51

 

Menonton

*2 kali

*Ms 51-52

 

Membantu

*1 kali

*Ms 51

 

Ketawa

*2 kali

*Ms 52

 

Bercerita

*1 kali

*Ms 51

Mendapatkan
*2 kali
*M/s 53-54

Menunjukkan
*1 kali
*M/s 54

Menganggukkan
*2 kali
*M/s 54-55

Berpesan
*1 kali
*M/s 54

Mengasingkan
*1 kali
*M/s 54

Menghulurkan
*1 kali
*M/s 54

Memberikan
*1 kali
*M/s 54

Tersenyum
*2 kali
*M/s 54

Berkongsi
*3 kali
*M/s 54-55

Berjalan
*1 kali
*M/s 56

Mendoakan
*1 kali
*M/s 56

 

Tersenyum
*1kali
*M/s 57

Berkongsi
*2kali
*M/s 57-58

Berjalan
*1kali
*M/s 58

Memerhatikan
*1kali
*M/s 57

Menjadi
*1kali
*M/s 57

Memakai
*2kali
*M/s 57

Menaiki
*1kali
*M/s 57

Membeli
*3kali
*M/s 57

 

Menghormati
*1kali
*M/s 58

 

Menyusun

*2 kali

*Ms 59

 

Mengemas

*1 kali

*Ms 59

 

Membaca

*3 kali

*Ms 59-60

 

Memberikan

*2 kali

*Ms 59-60

 

Berkongsi

*2 kali

*Ms 59-60

 

Bersekolah

*1 kali

*Ms 59

 

Membelek-belek

*1 kali

*Ms 60

 

Tersenyum

*1 kali

*Ms 60

 

Dibelinya

*1 kali

*Ms 60

 

Merungut

*1 kali

*Ms 60

 

Membawa

*1 kali

*Ms 60

 

Bercakap

*1 kali

*Ms 60

 

 

 

Tidur

*1 kali

*Ms 60

 

Melihat

*1 kali

*Ms 60

 

Bercerita

*1 kali

*Ms 60

 

Menemani

*1 kali

*Ms 60

 

Mendiamkan

*1 kali

*Ms 60

 

Menangis

*2 kali

*Ms 61

 

Memujuk

*1 kali

*Ms 61

 

Berdoa

*1 kali

*Ms 61

 

Melambai-melambai

*1 kali

*Ms 61

 

Menjenguk

*1 kali

*Ms 61

KATA ADJEKTIF

 

 

Istimewa

*3 Kali

*MS 43-52

Gembira

*4 Kali

*MS 43-52

Rindu

*4 Kali

*MS 43-52

Sedih

*4 Kali

*MS 43-52

Marah

*6 Kali

*MS 43-52

Keliru

*8 Kali

*MS 43-52

Puas hati

*5 Kali

*MS 43-52

Rapat

*1 Kali

*MS 43-52

Sibuk

*2 Kali

*MS 43-52

 

Istimewa

*2 Kali

*MS 42-56

Gembira

*6 Kali

*MS 42-56

Puas hati

*4 Kali

*MS 42-56

Sedih

*7 Kali

*MS 42-56

Banyak

*2 Kali

*MS 42-56

Baik

*8 Kali

*MS 42-56

Kotor

*1 Kali

*MS 42-56

Suka

*2 Kali

*MS 42-56

Besar

*1 Kali

*MS 42-56

Gembira

*6 Kali

*MS 45-49

Resah

*5 Kali

*MS 45-49

Suka

*3 kali

*MS 45-49

Berat

*1 Kali

*MS 45-49

Kecil

*1 Kali

*MS 45-49
Penyayang

*1 Kali

*MS 45-49
Rajin

*3 Kali

*MS 45-49

Baik

*2 Kali

*MS 45-49
Sayang

*1 Kali

*MS 45-49
Rindu

*1 Kali

*MS 45-49

Ketara

*2 Kali

*MS 45-59

Gembira

*3 Kali

*MS 45-59

Bangga

*2 Kali

*MS 45-59

Pandai

*2 Kali

*MS 45-59

Banyak

*1 Kali

*MS 45-59

Rajin

*1 Kali

*MS 45-59

Suka

*1 Kali

*MS 45-59

Baik

*1 kali

*MS 45-59

Gembira

*6 kali

*MS 45-62

Simpati

*3 Kali

*MS 45-62

Berat

*2 Kali

*MS 45-62

Sedih

*6 Kali

*MS 45-62

Sihat

*3 Kali

*MS 45-62

Sakit

*4 Kali

*MS 45-62

Kaku

*1 Kali

*MS 45-62

Suka

*2 Kali

* MS 45-62

Pemurah

*2 Kali

* MS 45-62

Panas

*1 Kali

* MS 45-62

KATA NAMA

 

Alim
* 48 kali
* MS 46-48

Kamilah
*Sekali
* MS 48

Ismail
*Sekali
* MS 48

Abang Imran
*Sekali
*MS 47

Kak Madinah
*Sekali
*MS 47

Aisyah
*Sekali
*MS 47

 

Alim
* 46 Kali
* MS 49-52

Abang Imran
*3 Kali
*MS 49-52

Kak Madinah
* 3 Kali
*MS 49-52

Aisyah
* 3 Kali
*MS 49-52

Kajang
*Sekali
*MS 49

Melaka
*Sekali
*MS 49

 

Alim
* 27 Kali
* MS 53-56

Abang Imran
*6 Kali
*MS 53-55

Kak Madinah
* 4 Kali
*MS 53-54

Aisyah
* 4 Kali
*MS 53-54

 

Sulaiman
* 11 Kali
*MS 54-56

 

Mak Cik Timah
* 11 Kali
*MS 55-56

 

Pak Cik Yakub
*Sekali
*MS 55

 

Ahad

* 1 Kali
*MS 53

 

 

Alim
* 40 Kali
* MS56-59

 

Cikgu Anis

* 10 Kali
* MS57-59

 

Abang Imran
*Sekali
*MS 57

Kak Madinah
* Sekali
*MS 57

Aisyah
* Sekali
*MS 57

 

Alim
* 37 Kali
* MS 59-61

Doktor
*Sekali
*MS 60

Sulaiman
* 8 Kali
*MS 59-61

 

GANTI NAMA

 

 

 Saya

*9 kali

*Ms 46-48


Mereka

*2 kali

*Ms 46 & 48

Dia

*3 kali

*Ms 46-48

 

Kami

*1 kali

*Ms 48.

Nya

*4 kali

*Ms 46 & 48

 

Itu

*2 kali

*Ms 46-47

 

Mereka

*4 kali

*Ms 49-52

 

Nya

*4 kali

*Ms 46 & 48


Itu

*1 kali

*Ms 50

 

Ini

*2 kali

*Ms 49-51

 

Sana

*1 kali

*Ms 50

 

Sini

*1 kali

*Ms 50

 

Apa

*I kali

*Ms 50

 

Mana

*2 kali

*Ms 52

 

Mereka

*2 kali

*Ms 46 & 48


Dia

*2 kali

*Ms 54

Kamu

*2 kali

*Ms 53-55

 

Kita

*5 kali

*Ms 53-55


Nya

*4 kali

*Ms 53,54 &56


Itu

*3 kali

*Ms 53 & 55

 

Ini

*5 kali

*Ms 53-43

 

 

Mana

*1 kali

*Ms 53

 

Ini

*4 kali

*Ms 53-43

 

Itu

*1 kali

*Ms 57

 

Apa

*1 kali

*Ms 57

 

Saya

*1 kali

*Ms 60

 

Dia

*3 kali

*Ms 60

 

Kamu

*1 kali

*Ms 60

 

Mereka

*4 kali

*Ms 60-61

 

Nya

*2 kali

*Ms 60


Ini

*2 kali

*Ms 60

 

Apa

*1 kali

*Ms 60

KATA SENDI

 

Dalam

*1 Kali

*MS 46

Ke

*6 Kali

*MS 46 - 48

Di

*5 Kali

*MS 46 - 48

Akan

* 9 Kali

*MS 46 - 48

Untuk

* 8 Kali

* MS 47 - 48

Kepada

*1 Kali

* MS 48

Daripada

*1 Kali

*MS 47

Dari

*1 Kali

*MS 47

Akan

*1 Kali

*MS 49

Ke

*6 Kali

*MS 49 - 51

 Di

*11 Kali

*MS 49 - 52

Untuk

* 2 Kali

* MS 49 & 51

Dengan

*1 Kali

* MS 49

Dalam

* 4 Kali

*MS 49 - 50

Kepada

*1 Kali

* MS 50

Oleh

* 1 Kali

* MS 50

Dari

* 1 Kali

* MS 52

Daripada

* 1 Kali

* MS 51

Tentang

* 1 Kali

* MS 51

Dari

* 2 Kali

* MS 53

Kepada

* 7 Kali

* MS 53 - 55

Akan

* 2 Kali

*MS 54

Untuk

*1 Kali

* MS 54

Dalam

* 3 Kali

*MS 54 - 56

Kerana

* 1 Kali

* MS 56

Ke

* 6 Kali

* MS 54 & 56

Ke

*7 Kali

* MS 56 - 57

Dengan

*6 Kali

* MS 56 - 59

Akan

* 1 Kali

* MS 57

Untuk

*8 Kali

* MS 57 - 58

Di-

* 2 Kali

* MS 57 - 58

Dalam

* 1 Kali

* MS 58

Kepada

* 1 Kali

*MS 58

Daripada

*1 Kali

*MS 59

Oleh

* 1 Kali

*MS 59

Akan

* 6 Kali

* MS 59 - 60

Pada

* 1 Kali

* MS 59

Kepada

*1 Kali

* MS 59

Dengan

* 5 Kali

* MS 59 - 60

Di

*2 Kali

* MS 59 - 60

Ke

*2 Kali

* MS 60 - 61

Dalam

* 1 Kali

*MS 60

KATA ARAHAN

 

 

 

MS 23

1.          Panggil adik-adik dan ibu kamu

2.          Jangan letak merata tempat

3.          Kamu beri Sulaiman

 

MS 25

“Alim, mari ibu tolong!”

 

 

KATA TANYA

 

Kenapa dengan abang, ibu?

*I Kali

*MS 46

Alim buat apa di sini?

*2 kali

MS 50, 51

 

Kenapa ayam dan itik tinggal di sana?

*2 kali

*MS 51

Di mana beli buah-buahan ini, bapa?

*2 kali

*MS 53, 54

 

Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?

*2 kali

*MS 54

 

Kenapa Mak CikTimah sedih?

*2 Kali

*MS 55, 56

 

 

 

 

 

 

 

TIADA

Kamu, beri saya buku ini, Alim?

*3 kali

*MS 60

Kenapa dengan abang, ibu?

*2 kali

*MS 61

 

 
















 


































































































































































































































JADUAL 2: PERBANDINGAN CERITA SOSIAL

 

LATAR

WATAK

EMOSI

TEMA

KELUARGA SAYA

·         Kampung

·         Ruang tamu

·         Reban

·         Dalam Kereta

·         Dalam rumah Masyarakat Kampung

·         Masyarakat bandar

·         30 minit

·         Alim

·         Ibu

·         Bapa

·         Nenek

·         Datuk

·         Aisyah

·         Abang Imran

·         Kak Madinah

 

·         Senyum

·         Teruja

·         Ketawa

·         Puas

·         Menangis

·         Marah

·         Sedih

·         Kekeluargaan

NENEK DAN DATUK

 

·         Kampung nenek dan datuk di Kajang.

·         Di ruang tamu

·         Di reban ayam dan itik

·         Alim

·         Ibu

·         Bapa

·         Nenek

·         Datuk

·         Aisyah

·         Abang Imran

·         Kak Madinah

 

·         Gembira

·         Marah

·         Keliru

·         Sedih

·         Puas hati

·         Rindu

 

 

 

·         Kekeluargaan

SAYANG ISTIMEWA

·         Gembira

·         puas hati

·         sedih

·         Ibu

·         Bapa

·         Imran

·         Madinah

·         Aisyah

·         Alim

·         Mak Cik Timah

·         Sulaiman

·         Pak Cik Yakub

 

·         Rumah

·         Pasar tani

·         Rumah sulaiman

·         Luar rumah Alim

·         Luar rumah Sulaiman

 

 

 

 

 

 

·         Kekeluargaan

HATI

·         Sekolah,

·          Kelas

·          rumah ibu bapa

·          rumah jiran

·         Sebuah masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin antara satu sama lain.

·         Ibu

·          Cikgu Anis

·         Alim

·         Rakan-rakan Alim

·         Gembira

 

·         Kemasyarakatan

 

JIRAN

·         Luar rumah

·         Rumah

·         Bilik Alim

·         Alim

·         Sulaiman

·         Abang Imran

·         Kak Madinah

·         Aisyah

·         Ibu

·         Gembira

·         Ikhlas

·         Sedih

·         Keliru

·         Persahabatan

·         Kekeluargaan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


























JADUAL 3 : ANDAIAN DARIPADA CERITA SOSIAL

 

Tajuk Cerita Sosial

 

 

Andaian

Keluarga Saya

 

-       Cerita ini menceritakan tentang keluarga Alim, seorang budak lelaki berumur 9 tahun. Keluarga Alim ingin memastikan bahawa Alim kenal setiap ahli keluarga. Keluarganya terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak dan adik Alim. Hal ini dapat dilihat apabila Alim menyebut setiap ahli keluarga sambil menunjuk dengan jarinya ke arah gambar yang terletak pada dinding rumah. Alim sentiasa ingat nama mereka kerana keluarga Alim menerapkan nilai kasih sayang sejak awal lagi supaya setiap ahli keluarga mengenali antara satu sama lain.

-       Alim merupakan seorang anak yang suka menolong buat kerja rumah seperti mengemas permainan. Begitu juga adiknya Aisyah yang diajar untuk mengemas mainan setelah bermain walaupun kadangkala Aisyah terlupa. Tetapi dia selalu melihat abangnya, Alim membuat perkara tersebut dan mengikutinya. Alim seorang kanak-kanak istimewa tetapi mempunyai daya ingatan lebih kuat berbanding Aisyah.

-       Ibu selalu memuji Alim dan mengingatkan Alim untuk membuat perkara-perkara yang baik untuk meningkatkan motivasi dalam diri Alim.

-       Alim memiliki sifat ingin belajar yang tinggi. Hal ini dapat dilihat apabila Alim belajar menyapu sampah daripada Abang Imran dan Kakak Madinah. Kakak dan abang kepada Alim sering menunjukkan nilai baik hati, bertanggungjawab dan tolong menolong kerana mereka tahu bahawa Alim seorang adik istimewa. Maka mereka perlu memberikan contoh teladan yang baik.

-       Ibu Alim memiliki sifat kasih sayang yang mendalam terhadap Alim kerana ibu Alim sentiasa menunjukkan nilai kasih sayang dalam diri Alim. Ibu selalu memujuk Alim apabila Alim berasa resah, kecewa dan keliru. Nilai kesabaran dalam diri ibu Alim juga memberikan ruang kepada Alim untuk mencuba perkara baharu.

-       Alim sentiasa berusaha setiap hari walaupun kadangkala berjaya dan juga gagal dalam membuat sesuatu. Alim berusaha dengan pertolongan ahli keluarganya. Walaupun Alim tidak tahu erti sabar dan rajin, dia telah menunjukkan nilai tersebut dalam dirinya.

 

Nenek dan

Datuk

 

 

-          Cerita ini memerihalkan tentang Alim dan keluarganya yang pernah pulang ke kampung. Alim masih ingat bahawa nenek dan datuknya mempunyai ayam dan itik. Alim sangat gembira dan tidak sabar untuk bermain dengan binatang ternakan nenek. Hal ini dapat dilihat apabila Alim terus mencari ayam dan itik apabila sampai di kampung halamannya. Tetapi Alim sedih kerana tidak melihat binatang yang dicari. Nenek dan datuk terkejut apabila melihat Alim menangis. Hal ini berkemungkinan nenek dan datuk tidak pernah melihat Alim menangis dalam keadaan sedih dan marah.

-          Alim masih sedih dan buntu malah Alim turut mengandaikan ayam dan itiknya sudah mati. Hal ini menunjukkan Alim sangat sayang akan bintang tersebut.  Nenek menunjukkan ayam dan itik dalam reban.  Alim kelihatan sangat gembira.

-          Alim seorang kanak-kanak yang lurus. Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa. Alim terus menangis. Hal ini menunjukkan Alim mempunyai keadaan dan perasaan yang tidak stabil. Dia tidak akan berpuas hati jika satu-satu perubahan itu berlaku.

-          Watak nenek dalam cerita ini menunjukkan bahasa dia seorang yang lemah lembut dan penyayang. Ini dapat dilihat apabila Nenek cuba memujuk Alim dengan bercerita secara terperinci tentang setiap perabot dalam rumah tersebut. Hal ini juga berkemungkinan suara nenek yang lembut dapat memberikan ketenangan dalam hati Alim dan membuatkan Alim berhenti menangis.

-          Selepas itu, Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah melayan gelagat Alim dengan baik. Mereka kelihatan gembira bersama-sama sambil menonton televisyen. Alim pula kelihatan gembira kerana dia sudah dapat melihat sendiri ayam dan itik nenek yang berada dalam reban.

-          Rumusannya, nilai sosial terkandung dalam cerita sosial di atas jelas terpapar dalam diri Alim dan keluarganya.

Saya yang Istimewa

-   Cerita sosial ''Saya yang Istimewa" menggunakan pendekatan teks cerita pendek. Cerita sosial ini bertemakan kekeluargaan. Inti pati cerita pendek ini berkisar tentang seorang anak istimewa, iaitu Alim yang sangat baik hati, suka berkongsi, dan gemar membantu ahli keluarganya. Sifat mulia yang cuba ditonjolkan di dalam cerita ini, membuka mata masyarakat untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia sepeerti diri Alim. Begitu juga, kandungan cerita ini berjaya memaparkan kisah sebuah keluarga yang harmoni kerana, setiap watak di dalam cerita memainkan peranan masing-masing dengan sangat berkesan sebagai sebuah ahli keluarga. Antara watak yang terlibat ialah Ibu, bapa, Imran, Madinah, Aisyah, Alim, Mak Cik Timah, Sulaiman, dan Pak Cik Yakub.

-   Cerita sosial "Saya yang Istimewa" ini, menggunakan penggunaan kata dan ayat yang mudah agar dapat memberi fahaman yang jelas kepada pembaca tentang isi kandungan yang ingin disampaikan oleh penulis. Latar yang digunakan dalam cerita sosial ini adalah di rumah Alim serta rumah jirannya, iaitu Sulaiman. Di rumah, Alim merupakan seorang yang baik hati serta suka membantu. Di luar rumah pula, Alim tidak malu bertegur dengan jirannya. Sikap inilah yang perlu menjadi teladan para pembaca. Selain itu, dari segi perasaan, cerita ini telah menekankan tiga emosi yang berbeza iaitu, gembira, puas hati, dan sedih. Alim berasa gembira ayahnya membawa balik banyak buah-buahan dan dia juga seronok dapat berbahagi makanan kepada jirannya. Alim puas hati setelah memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Perasaan sedih pula digambarkan oleh Mak Cik Timah yang berubah air mukanya ketika berbual dengan Alim.

 

-          Cerita sosial , ‘Saya yang Istimewa’ ini banyak memberi nilai dan pengajaran dalam kehidupan seharian masyarakat. Nilai murni seperti baik hati, berkasih-sayang, suka berkongsi, suka membantu dan mengambil berat jelas ditunjukkan oleh watak-watak yang terdapat dalam cerita ini. Meskipun Alim merupakan anak istimewa, namun sikapnya sangat mulia, wajar untuk dijadikan contoh oleh masyarakat. Nilai murni yang dipamerkan ini perlu diserapkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

 

Hati

-          Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak (Normaliza Abd Rahim, 2018), terdapat cerita yang berjudul Hati. Kisah mengenai cerita yang berjudul Hati ini dapat dirumuskan bahawa ianya merupakan satu cerita kanak-kanak yang berunsurkan teks yang pendek sahaja. Penceritaannya mudah untuk difahami dengan penggunaan bahasa yang mudah. Selain itu, cerita berjudul Hati ini mengutamakan tema kemasyarakatan serta sampel atau bahan yang digunakan dalam cerita ini ialah ibu, cikgu, Alim dan rakan-rakan. Cerita ini hanya memegang watak antara ahli keluarga, rakan-rakan dan di sekolah pula merujuk kepada seorang guru iaitu Cikgu Anis. Akhir sekali, cerita sosial yang berjudul Hati ini adalah berbentuk penceritaan kerana terbentuk jalan cerita atau plot untuk menceritakan perjalanan ceritanya yang didukung oleh penggunaan dialog untuk setiap watak memberikan ujaran masing-masing.

 

-  Berdasarkan konteks dalam Cerita Sosial yang merujuk kepada Model Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak (Normaliza Abd Rahim, 2018), terdapat cerita yang berjudul Hati yang mengandungi tiga bahagian konteks iaitu tatabahasa, latar dan emosi. Untuk bahagian tatabahasa, menurut cerita sosial yang berjudul Hati, penggunaan kata dan ayat yang mudah dan sesuai untuk semua pembaca termasuk kanak-kanak istimewa. Hal ini kerana susunan struktur ayat dan kosa kata yang sangat mudah. Selain itu, pada bahagian latar pula, latar yang digunakan adalah di sekolah, rumah ibu dan bapa serta rumah jiran. Penggunaaan tiga jenis latar tempat ini dapat menjadikan sebuah penceritaan yang mampu menarik perhatian pembaca. Manakala bagi konteks emosi pula, cerita sosial Hati ini hanya menggunakan satu emosi sahaja iaitu emosi gembira. Emosi ini dapat dilihat pada watak ibu dan Alim iaitu ibunya tersenyum dan bangga dengan Alim yang pandai dalam segala hal dalam rumah. Jelaslah bahawa, konteks cerita sosial berjudul Hati mudah untuk difahami dan sesuai untuk semua khalayak.

 

- Berdasarkan cerita sosial yang berjudul Hati, terdapat beberapa andaian dan kisah mengenai setiap watak dalam cerita ini. Andaian dalam cerita sosial ini tertumpu kepada watak Alim yang mempunyai hubungan dengan orang lain selain ahli keluarganya. Alim menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan guru sekolahnya. Alim pandai bersosial. Selain itu, watak ibu Alim sangat mengambil berat mengenai Alim kerana dia telah membimbing Alim dari kecil lagi mengenai persediaan diri untuk Alim mengetahui perkara asas dalam kehidupan. Ibu Alim menunjukkan sifat kasih sayangnya terhadap Alim dengan seiring bimbingannya. Malah, watak Cikgu Anis juga memainkan peranan dalam membentuk kanak-kanak istimewa dengan baik. Cikgu Anis mengajari Alim tentang pelbagai pendekatan seperti tentang jiran dan lebih kepada cara untuk berdikari. Lantaran itu, Cikgu Anis juga menunjukkan kesedaran mengenai nilai-nilai murni kepada Alim dan rakan-rakam sekelasnya. Sebagai rumusannya, berdasarkan cerita sosial berjudul Hati ini, terdapat nilai baik hati, kasih sayang, ambik berat, ikhlas, jujur, berkongsi, berterima kasih, hormat-menghormatu dan rajin dalam diri setiap watak yang terlibat.

 

Jiran

-          Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak (Normaliza Abd Rahim, 2018) iaitu sebuah cerita yang berjudul jiran. Jiran merupakan kisah seorang kanak-kanak yang bernama Alim yang tinggal bersama-sama keluarganya. Alim dan keluarga tinggal bersebelahan dengan jiran mereka yang bernama Sulaiman. Cerita ini memaparkan gaya penceritaan yang ringkas serta teks yang tidak berat untuk kanak-kanak. Menggunakan kata dan ayat yang mudah, ianya sangat senang difahami golongan kanak-kanak. Nilai sosial yang diberi pendekatan di dalam cerita jiran ini ialah baik hati. Alim ialah seorang budak lelaki yang baik hati dalam berkongsi apa sahaja yang dimilikinya, tidak kira sama ada berkongsi dengan adik-beradiknya atau jirannya. Ia jelas menunjukkan nilai sosial yang positif. Nilai ini patut dicontohi dan dijadikan panduan dalam hidup.

-          Selain itu, nilai yang ingin dipaparkan dalam cerita sosial jiran ini ialah nilai kasih sayang. Iaitu kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya, serta kasih sayang adik terhadap abangnya. Ini dapat dilihat apabila Alim jatuh sakit, adiknya menangis kerana risau akan Alim. Sikap yang ditonjolkan oleh ahli keluarga Alim menunjukkan bahawa mereka sangat peka dengan keadaan kesihatan Alim. Disebabkan Alim adalah seorang anak yang istimewa, ahli keluarganya terutama ibunya amat risau akan keadaan Alim kerana Alim hanya mampu berbaring apabila jatuh sakit.

-          Alim mempunyai keluarga yang cukup mengambil berat terhadapnya. Bukan sahaja ahli keluarganya, malah jirannya juga turut mengambil berat terhadap Alim. Sikap begini wajar dicontohi terutamanya apabila hidup berjiran. Sulaiman juga merupakan seorang jiran yang ikhlas dalam bersahabat. Walaupun keadaan Alim tidak seperti kanak-kanak yang lain, tetapi Sulaiman tetap berkawan baik dengannya. Sulaiman juga tidak mementingkan diri sendiri dengan tidak memahami keadaan yang dilalui oleh Alim.

-          Alim merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Walaupun dia adalah seorang anak yang istimewa, Alim tidak takut untuk berkawan seperti kanak-kanak normal. Alim mampu bersahabat baik dengan jirannya Sulaiman.

-          Semangat kejiranan yang wujud dalam diri Sulaiman dan ahli keluarganya yang mengambil berat terhadap jiran yang lain mengukuhkan lagi nilai positif dalam cerita sosial kanak-kanak ini.

 

 

 

Kehadiran kuliah amali minggu 4 

15 April 2021 ✔

Kehadiran kuliah amali minggu 4 

15 April 2021 ✔

 Kehadiran kuliah amali minggu 4 

15 April 2021 ✔