Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

Asas grafik ialah perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh individu yang berminat untuk menghasilakn video, gambar serta apa-apa sahaja bahan yang melibatkan grafik. Grafik ialah imej yang berbentuk paparan. Asas elemen grafik terdiri daripada lima iaitu elemen mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

Elemen Asas Grafik

Mudah

Warna

Teks

Kesesuaian

Keseimbangan

Elemen mudah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang apabila melihat gambaran grafik, seseorang itu akan mudah memahami maksud imej yang ditunjukkan. Elemen mudah bermaksud imej tersebut tidak bersifat abstrak.

 

 

Elemen warna merupakan kombinasi warna ataupun satu warna dalam suatu gambaran grafik. Grafik yang baik  mempunyai tiga warna sahaja. Warna yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan imej yang difokuskan. Item yang difokuskan seharusnya mempunyai warna yang menyerlah dan bersesuaian.

 

 

Teks merujuk kepada saiz fonts dan jenis fonts yang dipilih untuk mempersembahkan gambaran grafik. Pemilihan fonts dan jenis fonts yang baik akan menghasilkan gambaran grafik yang jelas dan baik. Namun yang demikian, tidak semua grafik memerlukan teks dalam persembahan.

 

 

Kesesuaian dalam grafik merujuk kepada kesesuaian grafik terhadap latar tempat, masa atau watak yang digambarkan dalam foto atau video. Setiap item yang difokuskan seharusnya bersesuai dengan grafik.

 

 

Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang yang terdapat di dalam video atau foto. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang kiri, kanan, atas dan bawah. Setiap ruang hendaklah seimbang agar penonton dapat memahami secara terus mesej yang disampaikan

 

 

 Rujukan: Normaliza Abd. Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM. Serdang

 

Tugasan 4 ✔
1 April 2021

 

 

 

 

 

 

 

 


BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

PENDEKATAN ANALISIS WACANA

(NORMALIZA ABD RAHIM, 2018)

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

BAHASA

INFERENS

1. Intuisi

2. Konteks

·  Penerimaan/Penafian

·  Keperluan

·  Perujukan

·  Anafora

·  Pengulangan

·  Kekaburan

·  Penegasan

1.         Positif

2.         Negatif

3.         Emosi bercampur

·            Perangai

·            Personaliti

·            Mood

·            moti

1.    Diri

2.    Masyarakat

3.    Adat

·      Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

·      Berdikari, hemah, tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan.

·      Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat.

·      Keadilan, kebebasan, rasional

 

1.      Bahasa pertama/kedua/ketiga

2.      Formal/tidak formal

3.      Kesalahan bahasa

4.      Linguistik

1.   Rumusan keseluruhan

2.   Rumusan topik perbincangan

3.   Penutup kata

 Sumber: Normaliza Abd Rahim (2009). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Penerbit UMT, Kuala Nerus.


             Pra-andaian merupakan suatu perkara yang diamalkan sebelum berhujah atau bertindak. Dalam pra-andaian terdapat dua aspek yang dianalisis iaitu intuisi dan konteks. Terdapat beberapa aspek yang dianalisis oleh Normaliza Abd Rahim dalam aspek konteks iaitu penerimaan dan penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan serta penegasan.

      Emosi ialah suatu perasaan yang dizahirkan oleh seseorang akibat daripada rangsangan yang diterima. Aspek emosi dianalisis kepada tiga iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur. Emosi yag dizahirkan dapat dilihat melalui perangai, personaliti, mood, dan motivasi.

      Seterusnya, ialah aspek yang dianalisis ialah aspek nilai dan budaya.  Budaya ialah perkara yang berkaitan budi dan akal. Nilai ialah standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan untuk mempertimbangkan sesuatu perkara, perbuatan, tingkah laku, kejadian dan keadaan. Dalam nilai dan budaya, aspek yang dianalisis yang difokuskan ialah aspek diri, masyarakat dan adat. Nilai pula dianalisis dari aspek jujur, ikhlas, kasih sayang, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kerjasama, semangat masyarakat, keadilan, kebebasan dan rasional.

      Bahasa ialah lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia. Berdasarkan rajah di atas, bahasa yang dianalisis terdiri dariapda empat aspek. Pertama aspek bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa ketiga. Seterusnya,  aspek yang kedua ialah bahasa formal dan bahasa tidak formal. Selain itu, aspek yang dianalisis ialah aspek kesalahan bahasa dan aspek linguistik.

      Bagi inferens pula, terdapat tiga aspek yang dianalisis iaitu iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap aspek tersebut dianalisis secara rinci agar huraian yang diberikan lebih jelas dan padat.  


Kehadiran 1/4/2021 ✔




Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 Berikut merupakan watak, latar tempat, latar masa, latar masyarakat, emosi positif, emosi negatif yang terdapat dalam cerita sosial 1.

Aspek

Contoh

Bukti

Latar tempat

Kampung

Alim dan keluarga akan pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang.

Ruang tamu

Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.

Reban

- Datuk dan nenek berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban.

- Kelihatan datuk berdiri di hadapan reban baharu.

Dalam Kereta

- Alim kdan keluarga ke kampung menggunakan kereta selama 30 minit.

-Ibu dan bapa pula sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta.

-Aisyah sibuk mencari permainan yang tinggal di celah-celah kerusi di dalam kereta.

Dalam rumah

-Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim.

Latar masyarakat

Masyarakat Kampung

-Alim pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang.

-Alim ingin bermain denganayam dan itik nenek di kampung.

          -Datuk dan nenek membela ayam dan itik dalam reban di kampung .

Masyarakat bandar

Alim dan keluarga pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang.

Latar  masa

30 minit

Setelah 30 minit, mereka pun sampai ke kampung.

Watak

Alim

-Kanak-kanak yang suka bermain bersama ayam dan itik.

-Mempunyai seorang abang, kakak dan seorang adik.

-Teruja untuk balik ke kampung.

 

Ibu

-Ibu dan bapa sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta.

-Ibu kepada abang Imran, Kak Madinah, Alim dan Aisyah

Bapa

-Ibu dan bapa sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta.

             -Bapa kepada abang Imran, Kak Madinah, Alim dan Aisyah

Nenek

Menetap di Kajang.

Datuk

Menetap di Kajang.

Aisyah

Adik kepada Alim, abang Imran dan Kak Madinah.

Abang Imran

-Abang Imran dan Kak Madinah pula sibuk mengangkat beg masing-masing ke dalam rumah nenek dan datuk.

-Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah.

-Abang kepada Alim dan Aisyah

Kak Madinah

-Abang Imran dan Kak Madinah pula sibuk mengangkat beg masing-masing ke dalam rumah nenek dan datuk.

-Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah.

-Kakak kepada Alim dan Aisyah

 

Emosi  Positif

 

Senyum

Alim tersenyum melihat ayam dan itik.

Teruja

Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung

Ketawa

-Alim ketawa bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang disiarkan dalam televisyen.

Puas

Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim masuk ke dalam rumah.

Emosi Negatif

Menangis

-Alim menyangkakan ayam dan itik mati

-Alim menyangkakan rumah atuk dan nenek sudah tiada.

-Alim menangis di tepi reban.

Marah

Alim marah kerana tidak menjumpai ayam dan itik di reban.

Sedih

-Alim sedih kerana tidak menjumpai ayam dan itik ketika tiba di kampung.

-Ibu dan bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim hari ini.


Sumber: Normaliza Abd Rahim (2009). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Penerbit UMT, Kuala Nerus.



Tugasan amali 2. Berselfie bersama tugasan 2.😁


Kehadiran kelas amali 25 Mac 2021. 


Terima kasih. 

BBM3410-2021-MINGGU 1A

 Assalamualaikum.

Semester 4 dah mula semua. Beratnya subjek untuk semester ni ya Allah. Sebelum masuk semester dah mula berdebarnya macam ada sesuatu. Masuk je kelas pertama untuk semester ni, kelas Multimedia Bahasa Melayu.  Jadinya, untuk kelas ni, semua pelajar kena buat blog, lepastu perkenalkan diri masing-masing. 

Tapi cara Prof Normaliza ni minta pelajar perkenalkan diri unik jugak. Selalunya prof atau Dr. akan minta pelajar untuk bercakap sambil buka kamera (kelas dalam talian) dan perkenalkan diri. Tapi Prof ni nak pelajar beliau buat blog untuk perkenalkan diri. Jadi, ayuh saya mulakan.

Nama yang tertulis pada sijil kelahiran Nur Aqilah binti Sepuan. Lahirnya pada 3 Mac 1999 di kampung halaman tercinta, Lundu, Sarawak. Menetap di Sarawak selama 21 tahun. Pendidikan awal di Sekolah Rendah Tan Sri Mohamed, kemudian, sambung sekolah menengah di SMK Matang Hilir. Selepas tamat SPM, saya sambung STPM di Sekolah Menengah Matang Jaya. Alhamdulillah mendapat keputusan yang sangat baik untuk menyambung pelajaran.

Cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di luar Sarawak akhirnya tercapai. Sebenarnya, Univerisiti Putra Malaysia bukanlah pilihan pertama atau kedua dalam senarai univerisiti pilihan untuk saya melanjutkan pelajaran, tetapi sudah ketentuan Allah, saya merupakan salah seorang pelajar Universiti Putra Malaysia. 

Nur Aqilah binti Sepuan

202966

Mahasiswa Univerisiti Putra Malaysia

Kos Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)


Univerisiti Putra Malaysia, Serdang


Kos Bahasa Melayu menjadi kos pilihan untuk sambung belajar di universiti. Ini kerana, ketika di sekolah, bahasa Melayu merupakan subjek yang saya sering dapat grade A. Bahkan guru-guru di sekolah juga sarankan saya untuk mengambil kos berkaitan bahasa Melayu sekiranya saya melanjutkan pelajaran ke universiti. 

Tapi masyarakat sering mengatakan bahawa kos bahasa Melayu merupakan subjek yang mudah untuk lulus. Iya, Memang mudah untuk lulus, tapi nak lulus dengan baik (grade A) agak sukar. Jadi, pendapat saya, apa pun yang kita lakukan memang ada sukar dan ada mudahnya. Jadi teruskan berusaha untuk menjadi pelajar terbaik dan cemerlang.




Annyeong 👋

Setakat ni sajalah perkenalan diri daripada seorang insan bernama Aqilah. Jangan kenal benar-benar sangat, nanti jatuh cinta.. Hehehe..😊 Terima kasih. 


Pergi ke kedai membeli pulasan,
Membeli pulasan bersama abang, 
Kalau ada idea dan tugasan,
Jumpa lagi di posting akan datang.