Friday, April 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4 - ASAS FOTOGRAFI - KABUR

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra Malaysia.


Kabur

Kabur ialah gambar atau foto yang mempunyai latar belakang kabur. Namun, objek atau pemandangan latar belakang masih tetap kelihatan tetapi tidak jelas. Kekaburan dibuat supaya gambar tersebut akan berfokus kepada objek yang ingin ditunjukkan. 


TUMBUHAN 



Foto tersebut menunjukkan gambar dua jenis bunga yang berbeza warna. Gambar bunga di hadapan dikaburkan untuk memfokuskan kepada bunga yang berwarna merah di belakang.


Foto tersebut menunjukkan gambar bunga berwarna ungu. Bunga berwarna ungu di hadapan jelas kelihatan berbanding bunga berwarna ungu di belakang. Hal ini kerana, gambar yang difokuskan ialah gambar bunga ungu di hadapan. 


HAIWAN 


Foto tersebut menunjukkan gambar seekor kucing sedang duduk dan melihat kearah kamera. Gambar latar belakang kucing iaitu lantai kabur kerana memberikan fokus kepada kucing tersebut.




Foto tersebut menunjukkan seekor ulat yang berada di daun. Gambar tersebut memfokuskan kepada daun hijau berbanding ulat. Namun, latar belakang daun yang lain dan ulat masih kelihatan. 




Berikut merupakan draf atau cadangan bagi gambar kabur.


Nota untuk tajuk kabur 


Kehadiran kuliah minggu 4 

12 April 2021✔




Thursday, April 15, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4- ASAS FOTOGRAFI-PENDUA

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra Malaysia.


Pendua

Pendua ialah gamabr atau foito yang diambil dari pantulan cermin, air, bayang-bayang atau apa sahaja objek yang boleh memantulkan gambar sebenar sesuatu atau objek. Pendua selalunya memberikan gamabran abstrak supaya seseorang yang melihat dapa tmelihat kedua-dua gamba tersebut. 


AIR



Kredit : Puan Shikin dan keluarga

Berdasarkan gambar tersebut, dapat dilihat pantulan sekumpulan wanita di dalam air yang sedang ber'posing'. Imej tersebut dipanggil pendua.  


Kredit : Lydia Natasha

Berdasarkan gambar tersebut, dapat dilihat pantulan di model sedang membersihkan halaman rumah. Pantulan air tersebut dipanggil pendua. 


CERMIN


Model : Ester Maria

Berikut merupakan gambar untuk imej pendua. Jika dilihat dalam gambar tersebut, imej model yang sedang mengeringkan rambut dipantulkan di cermin.


Model : Lydia Natasha

Gambar tersebut menunjukkan pantulan model yang sedang menyikat rambut di hadapan cermin. Imej tersebut dipanggil pendua. 


BAYANG-BAYANG 


Model : Lydia Natasha 
Gambar berikut menunjukkan pantulan bayang-bayang model. Gambar tersebut diambil pada pukul 1.07 petang. Oleh yang demikian, bayang-bayang model adalah tidak sama panjang dan tidak sama besar dengan model kerana matahari berada di atas kepala. 


Model : Ester Maria 
Gambar berikut menunjukkan pantulan bayang-bayang model. Gambar tersebut diambil pada pukul 1.10 petang. Oleh yang demikian, bayang-bayang model agak sama besar dan sama tinggi dengan model kerana matahari berada di atas kepala. 


Beikut merupakan nota untuk pendua.


Berikut merupakan draf atau cadangan untuk gambar pendua. 


Kehadiran kuliah minggu 4 
12 April 2021✔





Wednesday, April 14, 2021

BBM3410-MINGGU 4- ASAS FOTOGRAFI - PETA MINDA

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa.        Serdang: Universiti Putra Malaysia.













Friday, April 9, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK


BAHAN UNTUK ASAS GRAFIK


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Bahan untuk asas grafik : 

1. Bunting/banner 

2. Pamphlet

3. Poster

4. Gambar / foto 

5. Billboard

6. Video


Bunting/Banner



Bunting atau banner merupakan salah satu bahan asas grafik yang sering digunakan untuk mempromomosikan sesuatu barangan atau produk. Bunting atau banner sering menjadi pilihan para syarikat untuk mempromosikan barang mereka kepada orang ramai. Hal ini kerana, bunting atau banner biasanya berada di tepi jalan atau dihadapan kedai-kedai sebuah syarikat untuk mempromosikan barang mereka. Banner di atas merupakan salah satu contoh banner yang sangat menarik kerana menggabungkan lima elemen grafik yang sesuai untuk mempromosikan kasut tersebut. Banner tersebut menggunakan elemen mudah, teks, warna, kesesuaian dan keseimbangan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai. Kombinasi kelima-lima elemen ini sangat menarik kerana mesej yang ini disampaikan dengan jelas. Banner ini juga menekankan elemen mudah kerana kehadiran watak kasut ini memudahkan orang ramai memahami mesej yang disampaikan dengan mudah. Oleh itu, penghasilan bahan asas grafik perlu menepati elemen asas grafik agar mesej yang disampaikan dapat difahami.

 

Pamphlet



Pamphlet juga dikenali sebagai brochure ataupun risalah yang membawa maksud, buku kecil yang diterbitkan bagi meningkatkan imej sesuatu organisasi atau kumpulan. Biasanya, buku ini mempunyai halaman hadapan yang menarik. Seperti imej di atas,  pamphlet tersebut jelas menarik dengan penggunaan warna yang terang, fonts dan saiz teks yang bersesuaian, serta menepati kesesuaian dan keseimbangan dalam elemen asas grafik. Elemen utama yang diketengahkan di dalam pamphlet di atas ialah elemen warna. Pemilihan warna hitam sebagai warna latar dapat menonjolkan warna imej dan teks yang terang pada pamphlet tersebut. Corak seakan-akan coretan warna lukisan yang berwarna-warni dipilih bagi menyampaikan mesej warna-warna kasut yang disediakan oleh syarikat berkenaan. Jenama kasut, tagline, alamat website serta no telefon  yang berwarna putih pada latar hitam menjadi lebih jelas dan memudahkan seseorang itu, untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut. Teks '50%' yang bersaiz besar dan berwarna terang dapat menyampaikan mesej secara langsung kepada seseorang yang melihat pamphlet ini. Kesesuaian dalam pemilihan warna  dititikberatkan agar pamphlet kelihatan cantik serta mesej mengenai kasut dapat disampaikan dengan baik.


Poster



Poster merupakan karya seni atau reka bentuk grafik yang memuat komposisi gambar dan huruf di atas kertas berukuran besar. Fungsi poster ini adalah untuk memudahkan satu agensi atau syarikat perniagaan membuat promosi jualan dengan mudah. Berdasarkan poster yang dipaparkan, ianya telah memenuhi kelima-lima elemen asas grafik seperti elemen mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Penerapan setiap asas grafik pada poster ini mampu membentuk satu poster yang dapat menepati objektifnya. Namun begitu, elemen yang paling menyerlah pada poster tersebut ialah elemen mudah. Hal ini kerana, poster tersebut mudah difahami objektifnya iaitu penggunaan gambar kasut sukan. Majoriti bagi yang membaca poster ini akan mudah memahami poster yang diberikan.


Gambar






Billboard



Billboard atau papan iklan merupakan struktur iklan luar yang besar, biasanya papan iklan terdapat di kawasan lalu lintas yang sibuk seperti di tepi jalan raya dan lebuh raya. Papan iklan ini dipasang untuk menunjukkan iklan atau promosi produk sesuatu syarikat kepada orang ramai atau pemandu yang melalui jalan tersebut. Seterusnya, keadaan fizikal papan iklan yang besar dan tinggi serta mempunyai elemen asas grafik akan memudahkan orang ramai melihat dengan jelas dan memahami mesej yang hendak disampaikan oleh sesuatu syarikat tentang produk keluaran mereka. Papan iklan tersebut menarik kerana menepati elemen-elemen asas grafik, iaitu elemen mudah, elemen warna, elemen teks, elemen kesesuaian dan elemen keseimbangan dalam menghasilkan papan iklan. Kombinasi kelima-lima elemen pada papan iklan tersebut sangat penting untuk menyampaikan mesej dan maklumat yang jelas kepada orang yang melihatnya. Namun pemberat elemen asas grafik dalam papan iklah tersebut ialah elemen teks. Hal ini kerana jenis, saiz dan warna font yang dipilih sangat sesuai dan ia memudahkan seseorang untuk membaca teks tersebut dengan sekali pandang semasa di atas jalan raya. Seterusnya, pemandu kereta juga dapat membaca teks pada papan iklan tersebut dengan jelas semasa memandu.


Video


Tujuan video ini adalah untuk mempromosikan item kasut terbaharu jenama NeoZone. Terdapat tiga jenis warna yang dikeluarkan oleh NeoZone iaitu warna “Blueish”, “Orangee” dan “Rainbow”. Berdasarkan video tersebut, terdapat 5 elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, keseimbangan dan kesesuaian. Namun begitu, elemen yang diketengahkan oleh video tersebut ialah elemen warna. Warna latar belakang video yang gelap menyerlahkan lagi warna kasut-kasut sukan yang terang. Tambahan pula, sekiranya seseorang melihat video tersebut, maka, mereka akan tertarik dan fokus kepada imej kasut yang dipaparkan. Warna yang terang dan neon akan menarik minat pembeli untuk melihat kasut sukan tersebut.  Maka objektif peniaga untuk menarik minat pembeli terhadap kasut sukan tersebut berhasil.



Kehadiran Amali Minggu 3 

8 April 2021✔

















Thursday, April 8, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT




KREDIT TO : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA
LINK : https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24





            Dewan Pustaka dan Bahasa telah menganjurkan satu rancangan iaitu Rancangn Sembang Tamu: Celik Bahasa Isyarat. Rancangan ini dianjurkan secara live di Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka. Rancangan Sembang Tamu : Celik Bahasa Isyarat menampilkan Prof Normaliza Abd Rahim sebagai tetamu. Prof Normaliza Abd Rahim telah berkongsi pengalaman beliau mempelajari bahasa isyarat. Perkara menarik yang dikongsikan oleh Prof Normaliza ialah beliau memberitahu bahawa beliau mempelajari bahasa isyarat melalui Twitter selama 2 bulan sahaja. Dalam umur 60 tahun, semangat Prof Normaliza untuk mempelajari ilmu yang baharu sangat menginspirasikan saya sebagai seorang anak muda. Umur bukanlah penghalang untuk kita menuntut ilmu.  Selain itu, Prof Normaliza juga menggunakan bahasa  isyarat bersama keluarganya untuk mendidik mereka akan kepentingan bahasa isyarat kepada orang biasa. 

            Bahasa isyarat merupakan suatu ilmu yang baik untuk dipelajari oleh semua masyarakat bukan sahaja orang kurang upaya pekak dan bisu. Hal ini demikian kerana, bahasa isyarat merupakan bahasa global yang boleh diguna pakai di seluruh dunia. Banyak kelebihan yang diperoleh sekiranya orang biasa mempelajari bahasa isyarat. Misalnya, Prof Normaliza juga ada mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu tidak mahu bercakap pada hari itu, dia boleh menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan orang lain. Bukan itu sahaja, bahasa isyarat juga boleh digunakan sekiranya seseorang mengalami sakit tekak atau hilang suara.

            Pada pandangan saya, bahasa isyarat wajar dijadikan subjek yang perlu dipelajari di setiap institusi pendidikan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, pelajar boleh mempelajari bahasa isyarat tanpa rasa malu. Tambahan pula, dengan mempelajari bahasa isyarat di peringkat sekolah atau di universiti, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak akan merasa terasing dan tersisih daripada golongan biasa yang sempurna pendengaran dan percakapan. Golongan orang kurang upaya pekak dan bisu juga boleh bersama membantu orang biasa untuk mempelajari bahasa isyarat. Dengan itu, golongan orang pekak dan bisu akan berasa selesa untuk berkomunikasi dan bergaul dengan kelompok masyarakat biasa.

            Selain itu, majikan boleh mengambil golongan orang pekak dan bisu dalam pekerjaan. Misalnya, terdapat sebuah restoran makanan segera yang mengambil pekerja daripada golongan pekak dan bisu untuk bekerja. Hal ini agar mereka tidak berasa asing dalam kelompok masyarakat biasa. Selain dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka, saya yakin bahawa pelanggan yang berkunjung ke restoran makanan tersebut juga dapat mempelajari sedikit sebanyak bahasa isyarat yang mudah.

            Terdapat banyak ilmu yang saya peroleh daripada perkongsian Prof Normaliza berkenaan bahasa isyarat. Secara tidak langsung, saya juga mempelajari bahasa isyarat ketika menonton rancangan tersebut. Prof Normaliza mengajar saya dan penonton untuk membuat beberapa bahasa isyarat. Sebagai contoh, sapaan assalamualaikum dan waalaikumussalam, huruf dan sebagainya. Saya telah terinspirasi daripada rancangan tersebut untuk mempelajari bahasa isyarat kerana bahasa isyarat merupakan suatu bahasa yang unik dan menarik untuk dipelajari.

Terima kasih.



Kehadiran Minggu 3 Amali
8  April 2021 ✔



Kehadiran Minggu 3 Amali
8  April 2021 ✔


Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-TEORI STUBBS

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana Dan Strategi Komukasi Teori Dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu (UMT): Kuala Nerus, Terengganu Darul Aman.




Kehadiran amali minggu 3 
8 April 2021 ✔


Saturday, April 3, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK- MUDAH- TAMING SARI

 

ASAS GRAFIK – MUDAH (INTERNET) – TAMING SARI


Elemen      :  Mudah

Tema         :  Haiwan

Huraian     : Gambar ini mudah untuk difahami tanpa sebarang kekeliruan kerana gambar ini hanya menunjukkan gambar seekor kucing. Gambar ini memberi pemberatan hanya kepada seekor kucing disebabkan latar yang digunakan tidak memberi sebarang pemberatan hanya untuk keindahan gambar. Hal ini memudahkan individu yang melihat mengetahui mesej yang mahu disampaikan iaitu seekor kucing. Oleh itu, gambar ini mempunyai elemen mudah yang dapat dikenal pasti oleh individu yang melihat berkaitan dengan mesej yang mahu disampaikan.

Rujukan     :  Https://Images.App.Goo.Gl/4sujejdsdp3ys3zr6




Elemen     : Mudah

Tema        : Minuman

Huraian     : Gambar ini sangat ringkas dan mudah difahami oleh orang ramai. Bentuk  serta jenama jelas mengambarkan sebotol air mineral yang tidak asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Penggunaan warna serta bentuk yang sederhana kecil dapat menarik minat orang ramai. Maka jelaslah, gambar ini mempertengahkan elemen mudah.

Rujukan   : https://images.app.goo.gl/87FXoohsMCbt85Uk8




Elemen    : Mudah

Tema       : Filem

Huraian  : Berdasarkan grafik di atas, elemen yang diketengahkan ialah elemen mudah. Hal ini kerana, penonton akan mudah memahami mesej atau idea yang ingin ditonjolkan di dalam grafik tersebut tanpa kekeliruan. Grafik tersebut menunjukkan gambar seorang budak perempuan dengan muka mengerikan berlatar belakangkan anak-anak patung yang seram. Secara sekilas lalu, penonton akan mengetahui bahawa grafik tersebut adalah sebuah poster untuk filem seram.

Rujukan   : https://hellhorror.com/images/inTheaters/origs/e37b3-haunted-2017-poster.jpg




Elemen            : Mudah

Tema               : Makanan

Huraian             : Gambar sebotol Nutella di atas menunjukkan elemen asas grafik mudah. Hal ini  kerana gambar tersebut sudah memberikan maksud yang jelas tanpa sebarang mesej yang padat. Gambar ini juga mudah dikenali ramai kerana Nutella merupakan antara produk makanan yang terkenal. Tanpa mesej yang berat, seseorang sudah mampu memahami gambar  tersebut dari segi jenama, cara makan dan sebagainya.

Rujukan           : https://images.app.goo.gl/AF2JK7qvngNGShD36




Elemen     : Mudah

Tema        : Kenderaan

Huraian     : Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik mudah. Hal ini kerana seseorang mudah untuk melihat dan memahami sesuatu mesej yang terdapat dalam gambar tersebut tanpa sebarang kekeliruan. Gambar di atas merupakan sekeping foto sebuah kereta berwarna kuning yang terletak di ruang yang berwarna putih. Dengan itu, seseorang seseorang yang melihat foto tersebut akan memahami bahawa foto itu ialah sebuah kereta berwarna kuning.

Rujukan    : https://www.jomedumy.com/2019/04/gambar-kereta-suv-xiaomi-redmi-car.html




Elemen       : Mudah

Tema          : Dompet

Huraian      : Gambar di atas adalah ringkas dan mudah untuk difahami. Logo yang tertera pada dompet tersebut menunjukkan bahawa ianya adalah jenama yang terkenal dan mempunyai banyak peminat. Peminat logo ini tahu bahawa dompet ini direka khas untuk lelaki. Namun ada juga peminat dompet berjenama ini yang terdiri dari para wanita.

Rujukan    : https://shopee.com.my/product/29993877/3436627670?smtt=0.11105145-1617378909.3



 Elemen      :Mudah

Tema         : Makanan

Huraian     : Gambar  aiskrim coklat di atas menunjukkan elemen asas grafik mudah. Hal ini kerana, dengan hanya sekali pandang sahaja, seseorang itu akan dapat mengetahui bahawa objek yang dilihat merupakan makanan, iaitu ais krim coklat. Foto aiskrim yang jelas, dengan warna coklat yang lebih pekat daripada warna latar, akan lebih memudahkan seseorang itu memahami mesej yang ingin disampaikan. Meskipun, hanya dengan seimbas lalu, seseorang itu pasti akan dapat tangkap apa yang dilihatnya tanpa sebarang kekeliruan.

Rujukan    : https://www.behance.net/gallery/18184625/CGI-Magnum-Almond




Elemen   : Mudah

Tema      : Kasut

Huraian   : Gambar ini sangat ringkas dan mudah difahami. Hal ini kerana, kehadiran watak mampu menyatakan maklumat tersirat. Gambar ini juga tidak memerlukan teks yang banyak kerana dengan menyatakan jenama kasut iaitu Adidas membolehkan orang mengetahui bahawa gambar ini berkaitan kasut bola. Oleh itu, gambar ini mengetengahkan elemen mudah untuk menyampaikan mesej.

Rujukan   : https://www.prodirectsoccer.com/productimages/V3_1_Main/130678.jpg




Elemen    : Mudah

Tema       : Pakaian

Huraian    : Gambar tersebut mengetengahkan elemen mudah. Gambar yang dipaparkan mudah difahami dan ringkas dari segi penyampaian mesej dalam bentuk grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemilihan grafik yang memaparkan bentuk baju memudahkan untuk menyampaian mesej secara ringkas dan mudah difahami. Oleh itu, gambar yang berbentuk baju ini mengandungi elemen mudah.

Rujukan    : https://fashionbatiks.blogspot.com/2019/10/19-inspirasi-baru-gambar-baju-polos.html

 



Elemen   : Mudah

Tema      : Makanan

Huraian  : Gambar ini mengetengahkan elemen mudah. Gambar ini dikategorikan sebagai elemen mudah kerana terdapat petunjuk tentang mesej gambar iaitu keju dan biskut. Jadi sudah semestinya ini ialah iklan biskut keju. Saiz keju yang lebih besar berbanding saiz biskut  memberi mesej kepada pengguna bahawa produk biskut mereka mempunyai rasa keju yang lebih banyak berbanding produk biskut keju yang lain.

Rujukan  : https://i.pinimg.com/originals/98/05/0f/98050fd1663570dc5a3c42489136567b.jpg




ASAS GRAFIK – MUDAH (GAMBAR SENDIRI) 


 

Elemen    :  Mudah

Tema       :  Haiwan peliharaan

Huraian   :  Gambar ini mudah untuk difahami tanpa sebarang kekeliruan kerana gambar ini menunjukkan gambar seekor kura-kura. Gambar ini memberi pemberatan hanya kepada seekor kura-kura disebabkan latar yang digunakan tidak memberi sebarang pemberatan hanya untuk keindahan gambar. Hal ini memudahkan individu yang melihat mengetahui mesej yang mahu disampaikan iaitu seekor kura-kura. Oleh itu, gambar ini mempunyai elemen mudah yang dapat dikenal pasti oleh individu yang melihat berkaitan dengan mesej yang mahu disampaikan.





Elemen    : Mudah

Tema       : Pelitup Muka

Huraian    : Elemen yang terdapat di dalam gambar ini ialah elemen mudah. Hal ini demikian kerana, gambar ini sangat ringkas dan mudah difahami tanpa kekeliruan. Gambaran grafik pelitup muka di luar kotak menyerlahkan lagi mesej yang hendak disampaikan. Seseorang yang melihat gambar ini akan mengetahui bahawa gambar ini ialah sebuah kotak yang mengandungi topeng pelitup muka.




Elemen    : Mudah

Tema       : Makanan

Huraian    : Elemen yang terdapat di dalam gambar di atas ialah elemen mudah. Apabila melihat gambar tersebut, seseorang mengetahui bahawa gambar tersebut adalah gambar makanan, iaitu sate. Maka, mesej yang hendak disampaikan iaitu makanan, dapat ditafsir dan diterima dengan baik oleh orang yang melihat. Oleh yang demikian, gambar ini dikatakan elemen mudah kerana mesej dapat disampaikan tanpa sebarang kekeliruan. 





Elemen    : Mudah 

Tema       : Ubat-ubatan

Huraian:  Gambar ini sangat ringkas dan mudah difahami. Hal ini kerana, kehadiran watak lima biji pil mampu menerangkan mesej dalam gambar. Gambar ini menarik perhatian orang yang melihatnya kerana tumpuan penglihatan orang lain akan menjurus kepada watak pil yang hadir. Oleh itu, gambar ini mengetengahkan elemen mudah untuk menyampaikan mesej.




Elemen    : Mudah

Tema       : Perhiasan Wanita

Huraian    : Gambar tersebut mengetengahkan elemen mudah. Walaupun terdapat kesemua elemen asas grafik pada gambar ini, tetapi gambar yang dipaparkan lebih memberatkan kepada elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila gambar tersebut dilihat oleh seseorang, dia akan faham bahawa gambar tersebut ialah gambar perhiasan wanita iaitu cincin dan rantai. Oleh itu, gambar ini disampaikan dengan ringkas dan mudah.




Elemen     : Mudah

Tema        : Perkakas Dapur

Huraian    : Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik mudah. Hal ini kerana seseorang mudah untuk melihat dan memahami sesuatu mesej yang terdapat dalam gambar tersebut tanpa sebarang kekeliruan. Gambar di atas merupakan sekeping foto sebiji cawan berwarna pink dan maroon serta bercorak hati yang terletak di atas permukaan kayu. Dengan itu, seseorang yang melihat foto tersebut akan memahami bahawa foto itu ialah sebiji cawan berwarna merah jambu dan maroon serta bercorak hati.

 




 Elemen     : Mudah

Tema        : Produk Kecantikan

Huraian    : Berdasarkan imej di atas, elemen yang diketengahkan ialah elemen mudah. Imej di atas menunjukkan sebuah botol kaca berwarna putih pekat bersebelahan dengan sebuah kotak yang mempunyai jenama yang sama dengan produk tersebut.  Maka,  apabila seseorang melihat sepintas lalu imej yang ditunjukkan, orang akan mengetahui bahawa imej tersebut adalah sebuah botol produk kecantikan. Oleh itu, seseorang dapat mengetahui mesej yang disampaikan oleh gambar tersebut tanpa kekeliruan.





 Elemen            : Mudah 

Tema               : Produk Rumah

Huraian             :Gambar tersebut  menunjukkan elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang akan terus mengetahui bahawa gambar tersebut adalah sebuah bekas untuk menyimpan makanan. Bekas tersebut juga menarik kerana mempunyai banyak  rupa warna yang menyerlah di sekeliling permukaannya. Gambar yang mudah ini tidak memerlukan orang untuk berfikir lama bagi mengetahui fungsinya. Dengan sekilas pandang, pengguna akan mengetahui tentang cara penggunaan dan jenamanya yang tersendiri.




 Elemen  : Mudah (ambil sendiri)

Tema     : Teknologi


Huraian  : Elemen asas grafik yang paling menonjol di dalam foto di atas ialah elemen mudah.  Foto headphone yang dipaparkan kelihatan jelas kerana saiz headphone di dalam gambar adalah lebih besar berbanding dengan teks yang dipaparkan. Hanya dengan sekali pandang, seseorang yang melihat foto ini, pasti akan faham maksud yang ingin disampaikan iaitu fungsi ‘headphone’ itu sendiri sebagai alat untuk mendengar muzik tanpa gangguan persekitaran. Foto di atas menunjukkan elemen mudah juga kerana ianya mudah difahami dan tidak memerlukan pemikiran yang panjang ketika seseorang itu melihatnya.




Elemen    : Mudah

Tema       : Pakaian

Huraian   : Gambar ini mengetengahkan elemen mudah. Latar warna  nude  bersama sepasang kasut tinggi  berwarna putih menyerlahkan lagi subjek gambar ini. Apabila seseorang melihat gambar ini, dia mengetahui bahawa gambar tersebut ialah gambar sepasang kasut berwarna putih berkilauan. Bukan itu sahaja, gambar ini kelihatan ‘mudah’ kerana konsepnya yang ringkas membolehkan gambar ini mudah untuk difahamkan. 



KETUA : NUR AQILAH BINTI SEPUAN (202966)

PENOLONG : NOR FATIN SURAYA NABILLA BINTI RAHIMI (203924)