Saturday, April 3, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN- TAMING SARI

                                        

                             ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN (INTERNET)-TAMING SARI




Elemen      : Keseimbangan

Tema         : Makanan

Huraian    : Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam gambar tersebut seimbang. Dalam gambar tersebut, ruang kiri papan iklan tersebut mengandungi teks dan ruang kanan pula mengandungi gambar roti bun yang besar yang dapat mengimbangi teks di ruang sebelah kiri. Margin atas dan bawah dalam papan iklan tersebut juga sama dan seimbang.

Rujukan: https://cdn2.fcdn.com/contestentries/1420651/18874083/5ba8f4e8d67ce_thumb900.jpg

 



Elemen     : Keseimbangan

Tema        : Makanan

Huraian  : Grafik di atas menunjukkan elemen keseimbangan. Imej burger dengan perkataan adalah seimbang dan saiz ketinggian yang sama besar. Imej burger dan perkataan adalah seimbang dari segi ruang bahagian kiri dan kanan serta atas dan bawah. Oleh itu, grafik ini boleh menarik perhatian orang yang melihatnya.

Rujukan:  https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fmumbrella.com.au%2Fbig-macs-50th-birthday-ads-from-across-the-globe-518388&psig=AOvVaw0naLkjTGkzpDwZHoAfRT48&ust=1617435337572000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCIDCkOuL3-8CFQAAAAAdAAAAABAP

           


Elemen      :  Keseimbangan

Tema         :  Bunga

Huraian     :  Keseimbangan yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah. Dalam gambar tersebut menunjukkan imej bunga di tengah-tengah gambar. Ini memberikan keseimbangan terhadap ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah kerana pemberatan imej bunga hanya ada ditengah-tengah. Oleh itu, keseimbangan yang terdapat dalam gambar tersebut dapat memberikan keseragaman dalam gambar supaya nampak lebih kemas dan menarik.

Rujukan     :  https://images.app.goo.gl/dZzATbg8dSQ3rc249

 

 

 



Elemen      : Keseimbangan

Tema         : Papan Iklan

Huraian    : Gambar tersebut mengetengahkan elemen keseimbangan. Gambar ini seimbang dari segi penggunaan ruang di bahagian kiri dan kanan serta teks yang digunakan juga seimbang kerana telah dijustifikasi. Ruangan di bahagian atas dan bawah gambar tersebut juga seimbang mengikut pemilihan warna yang  gelap pada kedua-dua bahagian tersebut. Penggunaan gambar yang gelap dapat  menyeimbangkan gambar itu.

Rujukan: http://www.imsonline.in/10-steps-to-create-an-effective-billboard-ads/




Elemen        : Keseimbangan

Tema           : Pemandangan

Huraian       : Gambar ini sangat menarik perhatian. Susunan batu yang sama dapat menimbulkan prinsip keseimbangan iaitu sama ada antara kiri dan kanan atau atas dan juga bawah. Tambahan juga batu yang berada di bahagian tengah gambar kelihatan dominan berbanding pemandangan laut di bahagian belakang. Jelaslah, gambar ini menekankan elemen keseimbangan.

Rujukan: https://nurcahyoadikusumo.com/keseimbangan-3h-dalam-hidup-dan-kehidupan-manusia/

 







Elemen      : Keseimbangan

Tema         : Minuman

Huraian    : Gambar ini menekankan elemen keseimbangan dalam menyampaikan mesej. Hal ini kerana, penggunaan ruang yang sangat padat dan sesuai dengan watak yang ada dalam gambar. Keseimbanggan menyusun watak buah limau dan daun untuk memenuhi ruang kiri kanan dan ruanga atas bawah menunjukkan gambar ini  berat kepada elemen keseimbangan. Oleh itu, gambar ini sangat menarik kerana pembahagian ruang yang seimbang untuk menyampaikan mesej.

Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.deviantart.com%2Femcyart%2Fart%2FOrange-Juice-Advertising-849450643&psig=AOvVaw0tcz3QbW55j92VKC21LkRv&ust=1617293969887000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCODikuL32u8CFQAAAAAdAAAAABAI

 



Elemen      : Keseimbangan

Tema         : Produk

Huraian   : Elemen asas grafik yang paling menonjol dalam foto di atas ialah elemen keseimbangan. Objek diletakkan di bahagian tengah pada setiap pecahan kotak mengikut tema warna yang berbeza-beza iaitu, merah jambu, oren dan biru muda. Ruangan kosong pada bahagian kiri, kanan, atas dan bawah untuk ketiga-tiga pecahan adalah sama dan terlihat sangat seimbang. Latar berbentuk bunga diletakkan pada bahagian belakang ketiga-tiga objek, dan bukannya satu atau dua sahaja agar ketiga-tiga objek kelihatan sama dan seimbang meskipun di dalam kotak yang berbeza.

Rujukan: https://www.packagingoftheworld.com/2017/09/botanics.html?m=1

 



Elemen       : Keseimbangan

Tema          : Pemandangan

Huraian      : Gambar di atas menunjukkan bukit dan gunung yang berdiri tegak di antara sebatang sungai. Berlatarkan langit yang cerah. Mampu menarik minat sesiapa sahaja yang memandang. Ianya mempamerkan keseimbangan yang jelas.

Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fpemandangan-indah-negara china%2F&psig=AOvVaw0UddVJKyI761vUgK9nYXe_&ust=1617466405543000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCNjRyon63-8CFQAAAAAdAAAAABAa

 



Elemen       : Keseimbangan

Tema          : Makanan

Huraian   : Elemen yang diketengahkan dari gambar ini ialah elemen keseimbangan. Elemen keseimbangan ini ditentukan dari ruang yang terisi di sebelah kiri dan kanan. Perkataan “Another episode? SNACK IT TO ME!” di letakkan selaras dengan bahagian atas pek bungkusan. Manakala tulisan ‘Presented by’ diletakkan sebaris dengan ruang bawah pek bungkusan makanan. Oleh itu, gambar ini dapat kita kategorikan sebagai elemen keseimbangan.

Rujukan: https://www.google.com/search?q=ads&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjasceZxuHvAhUuyjgGHd4dCyUQ_AUoAXoECAEQAw#imgrc=5L5HXj98CGGV_M

 


Elemen         : Keseimbangan

Tema            : Siaran Televisyen

Huraian     : Gambar iklan siaran televisyen di atas menunjukkan elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana setiap ruang dalam gambar tersebut diseimbangkan dengan kehadiran imej dan teks tertentu. Dalam konteks gambar ini, ruang sebelah kiri gambar memaparkan imej lereng gunung seimbang dengan imej lereng gunung di sebelah kanan gambar. Di sebelah atas pula terdapat teks ‘The Croods’ manakala di sebelah bawah terdapat imej figura kartun. Maka, penggunaan latar belakang yang berwarna biru juga diseimbangkan dengan imej hadapan gambar yang berwarna hijau.

Rujukan: https://images.app.goo.gl/zWowNDWL4fgcmUW36

 

 

                           ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN (AMBIL SENDIRI)-TAMING SARI



Elemen        : Keseimbangan

Tema           : Buku

Huraian      :   Imej di atas menunjukkan elemen keseimbangan pada buku. Tulisan pada buku tersebut menunjukkan keseimbangan dalam ruang. Saiz ruangan kosong bahagian kira dan kanan serta bahagian atas dan bawah pada buku adalah seimbang. Tiada apa-apa corak atau unsur grafik lain hadir di antara ruangan kosong tersebut. Latar buku yang gelap menyerlahkan warna teks yang cerah. Maka, teks seimbang dengan latar buku yang gelap.

 



Elemen      :  Keseimbangan

Tema         :  Makanan

Huraian    : Keseimbangan yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah. Dalam gambar tersebut menunjukkan imej makanan di tengah-tengah gambar. Ini memberikan keseimbangan terhadap ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah kerana pemberatan imej hanya ada ditengah-tengah. Oleh itu, keseimbangan yang terdapat dalam gambar tersebut dapat memberikan keseragaman dalam gambar supaya nampak lebih kemas dan menarik.

 

 


Elemen     : Keseimbangan

Tema        : Produk wangian

Huraian : Gambar ini mengetengahkan elemen keseimbangan. Walaupun terdapat kesemua elemen asas grafik pada gambar ini, tetapi gambar yang dipaparkan lebih memberatkan kepada elemen keseimbangan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana penggunaan ruang kiri dan kanan serta atas dan bawahnya adalah sama ataupun seimbang. Susunan setiap botol wangian juga kelihatan seimbang dan teliti.

 


Elemen       : Keseimbangan

Tema          : Makanan

Huraian      : Gambar ini menekankan elemen keseimbangan dalam menyampaikan mesej. Hal ini kerana, penggunaan ruang yang sangat padat bersesuai dengan watak yang ada dalam gambar. Keseimbanggan menyusun watak 4 batang Rolls, 3 pek Super Crunch, 8 biji gula-gula untuk memenuhi pinggan sangat kreatif. Penggunaan ruang kiri kanan dan ruang atas bawah juga sangat seimbang serta dapat menarik tumpuan orang ramai terhadap mesej yang ingin disampaikan. Oleh itu, gambar ini seimbang kerana penggunaan ruang yang maksimum dapat menyapaikan mesej kepada orang ramai.

 




Elemen       : Keseimbangan

Tema          : Makanan

Huraian      : Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam gambar tersebut seimbang. Dalam gambar tersebut, ruang kiri dan ruang kanan foto mempunyai ruang kosong yang sama. Kedudukan biskut di tengah-tengah piring dapat mengimbangi seluruh ruang kosong di dalan foto tersebut. Margin atas dan bawah dalam foto tersebut juga sama dan seimbang.

 



Elemen           : Keseimbangan

Tema              : Pemandangan

Huraian          : Gambar pemandangan di atas menunjukkan elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana, luas langit di bahagian ruang atas foto bersamaan dengan luas jalan raya di bahagian ruang bawah foto. Selain itu juga, pemberatan pada bahagian langit diperlihatkan dengan kepulan-kepulan awan berwarna putih, manakala, bahagian jalan raya pula diperlihatkan dengan garis-garis melintang berwarna putih. Papan nama universiti, iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris’ juga, terlihat sangat seimbang kerana diletakkan pada bahagian tengah-tengah foto dengan latar beberapa buah pohon yang ikut menonjol. Di bahagian sebelah kanan, seseorang akan terfokus pada imej bangunan, manakala di bahagian sebelah kiri pula, seseorang akan terfokus pada imej gunung.

 





Elemen    : Keseimbangan

Tema       : Pemandangan

Huraian  : Pemandangan langit yang seimbang antara awan dan pokok menunjukkan susun atur yang kemas bagi sesebuah gambar. Jumlah awan pada langit dan jumlah pokok menunjukkan keseimbangan yang nyata. Gambar ini mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat. Gabungan warna yang seimbang menyejukkan lagi mata yang memandang.

 



Elemen     : Keseimbangan

Tema        : Makanan

Huraian  : Gambar ini dipilih sebagai elemen keseimbangan. Hal ini demikian kerana gambar ini makanan itu terletak betul-betul di bahagian titik fokus kamera. Warna juga memainkan peranan yang penting dalam gambar ini di mana warna putih menjadi perantaraan dengan warna latar dan warna subjek. Oleh itu, keseimbangan dalam gambar ini bermula dari tengah titik fokus kamera.

 




Elemen     : Keseimbangan

Tema        : Makanan segera

Huraian   : Gambar yang diambil ini sangat seimbang dan menarik perhatian khususnya pada bahagian warna. Tetapi, susunan yang sama dan seimbang diantara bahagian kiri dan juga kanan menjadikan objek kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna. Secara tidak langsung, susunan makanan di dalam gambar ini merupakan daya tarikan pertama yang dilihat oleh orang. Maka jelaslah, gambar ini menunjukkan elemen keseimbangan.

 

 


 

Elemen      : Keseimbangan

Tema         : Pemandangan

Huraian      : Gambar di atas menjelaskan elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana setiap ruang seperti ruang atas, bawah, sebelah kanan, dan sebelah kiri gambar diseimbangkan dengan imej objek di pantai. Terdapat latar belakang imej bukit di sebelah kiri gambar dan diseimbangkan dengan imej bukit di sebelah kanan gambar. Di posisi hadapan gambar pula, kewujudan batu-batuan di sebelah kiri gambar diseimbangkan dengan batu-batuan dan deruan ombak perlahan di sebelah kanan gambar menyebabkan gambar kelihatan seimbang. Hamparan imej awan putih di bahagian atas gambar pula diseimbangkan dengan imej batu-batuan di di persisiran pantai.

 

KETUA: NUR SURAYA BINTI SULAIMAN (204114)

PENOLONG: SITI FAIRUZ BINTI SAMSUDIN (203302)

 


BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-TEKS- TAMING SARI

 


ASAS GRAFIK-TEKS (INTERNET)-TAMING SARI



Elemen   : Teks

Tema      : Burger

Huraian  : Gambar ini mengetengahkan elemen teks. Hal ini kerana, penggunaan saiz font pada teks yang berbeza-beza menarik tumpuan orang ramai untuk membaca informasi yang ingin disampaikan. Teks yang digunakan dalam grafik ini juga ringkas dan padat dengan maklumat. Oleh itu, tumpuan orang ramai akan lebih tertumpuh kepada teks yang dipaparkan.

Rujukan : https://cdn-image.hipwee.com/wp-content/uploads/2020/09/hipwee-bk2-750x422.jpg




Elemen   : Teks

Tema      : Promosi jualan


Huraian : Foto di atas jelas memaparkan elemen asas grafik teks yang sangat menonjol dan menarik.Perkataan ‘MEGA SALE’ yang ditulis lebih besar akan memberi fokus kepada mata seseorang untuk memahami mesej foto berkenaan, yang sedang mengadakan promosi jualan secara besar-besaran. Tulisan ‘80% OFF’ dan ‘TODAY ONLY’ yang berwarna biru gelap dapat ditonjolkan kerana pemakaian latar yang berwarna putih, yang juga turut membawa mesej penting agar seseorang yang melihat akan mengetahui jumlah potongan harga yang ditawarkan dan hari potongan harga itu berlangsung. Dengan melihat pada keseluruhan foto tersebut, penggunaan tulisan berhuruf besar kesemuannya, dapat memberi isyarat bahawa foto tersebut bersifat penting dan perlu diberikan perhatian.

Rujukan: https://www.freepik.com/premium-vector/abstract-colorful-sales-banner_5932083.htm







Elemen      : Teks 

Tema         : Alat komunikasi

Huraian   : Grafik di atas memberatkan kepada elemen teks. Hal ini demikian kerana, penggunaan jenis fonts yang ringkas serta saiz fonts yang sesuai memudahkan pembeli membaca teks tersebut. Selain itu, mesej pada teks juga memberikan gambaran yang sebenar berkenaan jenama telefon pintar tersebut.   Grafik tersebut memberitahu pembeli bahawa telefon pintar tersebut adalah lebih besar berbanding daripada keluaran telefon pintar yang lain.

Rujukan      :  https://techgreatest.com/wp-content/uploads/2014/09/Screen-Shot-2014-09-09-at-11.40.23-PM.png



Elemen    :  Teks

Tema       :  Kartun

Huraian : Dalam gambar di atas, dapat dilihat bahawa elemen teks yang digunakan dapat menarik individu yang melihat terutamanya kanak-kanak. Ini disebabkan warna dan saiz font yang digunakan menarik minat sesiapa yang melihatnya. Dengan sedikit tambahan di belakang tulisan dapat menaikkan keindahan gabungan warna dan saiz font tersebut. Oleh itu, elemen teks sangat penting jika digunakan di dalam sesuatu gambar untuk menjadikannya lebih menarik.

Rujukan  :  https://images.app.goo.gl/T6KeYGWiB52ztye6A




 Elemen  : Teks 

Tema      : Papan tanda

Huraian  : Gambar ini menunjukkan papan tanda yang agak kosong tetapi menarik. Penggunaan teks dan jenis font yang sesuai dapat menarik perhatian orang ramai untuk membacanya. Selain itu, pemilihan warna pada teks dan juga latar adalah senada kerana warna latar berjaya menonjolkan teks. Maka jelaslah, gambar ini menekankan elemen teks untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai yang melihatnya.

Rujukan : https://goodmockups.com/free-wall-mounted-signage-board-on-building-   logo-mockup-psd/amp/

 



Elemen     : Teks

Tema         : Grafik

Huraian     : Gambar ini dipilih sebagai elemen teks kerana saiz font yang berbeza dan bentuk teks yang sedikit bengkok namun masih mudah untuk dibaca. Kombinasi saiz font yang berbeza-beza menarik perhatian orang ramai untuk membacanya. Hal ini kerana, gambar ini mengetengahkan elemen teks untuk menyapaikan mesej. Oleh itu, pemilihan teks yang bebeza saiz dan jenis font mampu menyapaikan mesej dengan  sempurna.

Rujukan :   https://th.bing.com/th/id/OIP.eOPlV1E5ZqeDLfn370d-IgHaKT?w=182&h=254&c=7&o=5&pid=1.7





Elemen   : Teks

Tema       : Quote

Huraian  : Gambar papan iklan di atas mempunyai elemen teks. Hal ini kerana jenis dan saiz font serta warna font yang dipilih dalam persembahan grafik sangat sesuai. Selain itu, pemilihan jenis, saiz dan warna font yang sesuai memudahkan seseorang untuk membaca teks tersebut dengan sekali pandang semasa di atas jalan raya. Seterusnya, pemandu kereta juga dapat membaca teks pada papan iklan tersebut dengan jelas semasa memandu.

Rujukan   :  https://www.paradiseoutdoor.com.au/extras/graphic-design/billboard-design/





EE  

          Elemen      : Teks

          Tema          : Papan iklan

     Huraian   : Gambar tersebut mengetengahkan eleman teks. Gambar yang dipaparkan         menggunakan satu jenis font dan satu warna sahaja. Selain itu, gambar tersebut mempunyai dua bentuk saiz teks. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut lebih memfokuskan teks Pepsi. Oleh itu, pemilihan saiz teksnya lebih besar daripada yang lain.

 Rujukan : https://www.google.com.my/search?q=billboard&client=safari&hl=en-my&prmd=inv&sxsrf=ALeKk01LS5r8Sqfle3bD7njr85eLkgVxQ:1616992462722&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjOzCq1tTvAhWxW3wKHbkdBkYQ_AUoAXoECAQQAQ&biw=375&bih=553&dpr=2#imgrc=Z69LiWZ0IjtpaM



Elemen           : Teks 

Tema              : Alam Sekitar

Huraian          : Gambar tersebut menunjukkan elemen asas grafik teks. Hal ini kerana terdapat penggunaan teks ‘Save the Earth. Go Green’ yang ringkas.  Penggunaan jenis dan saiz font juga dalam teks ini juga sesuai untuk menarik minat pengguna agar membacanya. Kandungan teks juga mudah untuk difahami walaupun ringkas, berbanding dengan kandungan teks yang lebih padat. Oleh itu, teks ini sesuai untuk digunakan di samping penggunaan warna dan grafik alam sekitar yang akan meningkatkan pemahaman pengguna terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui gambar tersebut.

Rujukan           : https://images.app.goo.gl/2dtiSm1kRcG13Cw67





Elemen           : Teks

Tema              : Makanan dan minuman

Huraian          : Gambar di atas menunjukkan iklan yang dikeluarkan oleh syarikat makanan segera yang terkenal di setiap pelusuk dunia. Setiap satu gambar yang dipamerkan bersama teks, memudahkan orang ramai melihat dan memahami isi kandungan poster tersebut. Kehadiran kombinasi penggunaan teks dari segi font dan saiz font menonjolkan lagi mesej yang ingin disampaikan. Oleh itu, gambar ini mengetengahkan elemen teks untuk menarik minat orang ramai.

Rujukan :   https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fnaklikesematamata%2Fposts%2Fterbaru-di-mcdonald-ice-cream-cheesecake-edition-baru-launch-ni-serbu cepat%2F2228486550587148%2F&psig=AOvVaw0Se0irmSQodDL5HpTh4wev&ust=1617467776125000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCIDO6JT_3-8CFQAAAAAdAAAAABAK




ASAS GRAFIK- TEKS (AMBIL SENDIRI)-TAMING SARI




Elemen    : Teks 

Tema       : Muzik

Huraian : Gambar ini mengetengahkan elemen teks. Hal ini kerana, teks yang digunakan dalam gambar ini ringkas dan mudah difahami.  Penggunaan saiz font pada teks “Listen Music” yang berbeza-beza menarik tumpuan orang ramai untuk membaca dan memahami mesej yang disampaikan. Oleh itu, tumpuan orang ramai akan lebih tertumpuh kepada teks yang dipaparkan sebelum melihat pada watak lain yang hadir.

 


Elemen  : Teks 

Tema     : Buku

Huraian : Foto kulit buku  di atas lebih memfokuskan elemen asas grafik teks. Tulisan tajuk pada bahagian atas buku ditulis dengan saiz yang besar agar mudah seseorang memahami mesej yang ingin disampaikan di dalam buku berkenaan. Pemilihan warna gelap pada tajuk tulisan dapat dilihat dengan jelas, disebabkan pemilihan warna latar yang bersifat terang. Namun begitu, pemilihan teks yang berwarna merah muda dan biru muda digunakan adalah bertujuan untuk menepati warna pada dua karakter manusia yang berbeza iaitu, ‘confident’ dan ‘nervous’ pada gambar seorang lelaki di dalam buku berkenaan. Tulisan berrwarna putih pada bahagian bawah kulit buku yang memaparkan nama penulis pula, terlihat dengan sangat jelas kerana latar tulisan berwarna gelap.

 



 

 

 

 

 

 

 


Elemen    : Teks

Tema       : Buku

Huraian  : Imej di atas memberatkan pada elemen teks yang terdapat pada novel. Hal ini demikian kerana, penggunaan saiz teks yang sesuai pada tajuk dan nama penulis memudahkan orang memahami secara terus tajuk novel tersebut. Bukan itu sahaja, penggunaan jenis fonts pada tajuk dan nama penulis juga dibezakan untuk membuatkan pembaca mudah mengetahui tajuk kepada novel tersebut. Oleh yang demikian, penggunaan jenis fonts dan saiz fonts memeainkan peranan penting dalam suatu ass grafik.

 


Elemen  :  Teks

Tema      :  Buku

Huraian    : Dalam gambar di atas, dapat dilihat bahawa elemen teks yang digunakan terhadap muka hadapan sebuah buku dapat memberitahu pembaca bahawa warna dan saiz font yang digunakan sesuai dengan buku ilmiah tersebut. Ini menjadikan elemen tersebut mdapat membantu menarik minat seseorang untuk membacanya. Dengan sedikit imej yang terdapat di belakang tulisan dapat menaikkan keindahan gabungan warna dan saiz font tersebut. Oleh itu, elemen teks sangat penting apabila digunakan untuk dijadikan muka hadapan sesebuah buku khususnya supaya buku tersebut lebih menarik.

 

 

 


 Elemen  : Teks 

Tema      :  Gajet 

Huraian : Gambar ini jelas menunjukkan elemen teks. Hal ini kerana, pencahayaan yang baik daripada laptop serta penggunaan saiz font yang agak besar menonjolkan lagi elemen teks. Tambahan juga, pemilihan warna font yang terang dapat menarik perhatian orang yang melihatnya. Kedudukan teks pada bahagian tengah gambar merupakan salah satu daya tarikan gambar ini.

 


Elemen   : Teks

Tema       :  Pencahayaan

Huraian   : Gambar ini dipilih sebagai elemen teks kerana tulisan ‘BOOKS BOOKS BOOKS’ begitu menyerlah. Pencahayaan, latar belakang, dan warna berupaya menjadikan teks dan wajah sebagai watak dalam gambar ini. Hal ini membantu penyampaian mesej agar orang lain tertarik untuk membacanya. Oleh itu, kombinasi warna, latar mampu menonjolkan lagi elemen teks.





Elemen     : Teks

Tema        : Quote

Huraian    : Gambar di atas mempunyai elemen teks. Hal ini kerana jenis dan saiz font serta warna font yang dipilih dalam persembahan grafik sesuai. Selain itu, pemilihan jenis, saiz dan warna font yang sesuai memudahkan seseorang untuk membaca teks tersebut dengan jelas tanpa kekeliruan. Seterusnya, seseorang juga dapat memfokuskan teks di dalam gambar tersebut dengan sekali pandang.


 


Elemen           : Teks 

Tema              : Produk wanigan

Huraian          : Gambar ini lebih memfokuskan kepada elemen teks. Hal ini dikatakan demikian   kerana, kehadiran teks yang berbeza jenis font, saiz teks dan warna teks yang terpapar pada gambar tersebut. Saiz teks pada gambar tersebut lebih memfokuskan nama produk iaitu SugarBomb berbanding dengan nama jenis wangiannya (Mystery Manggo). Oleh itu, elemen teks yang digunakan dalam gambar ini mampu menyampaikan mesej dengan jelas.


 

Elemen           : Teks 

Tema              : Kalendar

Huraian          : Gambar tersebut menjelaskan elemen asas grafik teks. Hal ini kerana terdapat kepelbagaian saiz dan font yang digunakan dalam kalendar tersebut. Kepelbagaian teks ini penting untuk memastikan setiap tarikh dan hari jelas untuk dilihat walaupun dari jarak jauh. Saiz font yang berbeza juga digunakan untuk menyatakan hari peristiwa penting dalam bulan tersebut. Teks dalam kalendar ini juga dibezakan dengan penggunaan elemen warna yang berbeza untuk membezakan hari minggu dan hari biasa.


Elemen           : Teks

Tema              : Minuman

Huraian          : Gambar ini menonjolkan elemen teks untuk menyampaikan mesej. Tulisan pada bekas air dalam gambar di atas menunjukkan nama syarikat minuman tersebut. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan jenama mereka dan memastikan tidak ada pihak yang mengaku bahawa jenama mereka mendapat tempat di hati ramai orang. Penggunaan teks yang berbeza saiz dan font menarik tumpuan orang ramai untuk membacanya. Oleh itu, elemen ini berjaya menonjolkan mesej kepada orang ramai.

 

KETUA KUMPULAH : NURUL SAHADA BINTI SAIDIN (204111)

PENOLONG KETUA: TUAN NOR MUNIRAH BINTI TUAN ABDULLAH (203928)